Sunday, August 30, 2009

Saling Merindu

Hari-hari semakin cepat berlalu. Tanpa sedar, hari ini merupakan hari ke 9 umat islam berpuasa. Syukur alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati keindahan Ramadhan.

Berlalunya hari ini, bermakna semakin hampirlah hari untuk kami bertemu dengan chenta hati kami yang sangat kami rindui. Rindu yang menggunung bakal menemui penawarnya tidak lama lagi. Alangkah indahnya perasaan yang dianugerahkan Tuhan ini.Tidak semua orang dapat merasai kegembiraan dalam menanti kepulangan orang yang dicintai.

Dan 'DIA' disana juga sedang melawan perasaan rindu itu. Semakin hampir untuk 'DIA' kembali kepangkuan kami, semakin kerap 'DIA' menelefon walau hanya untuk bertanya 'Buka apa hari ni?'..

Ya sesungguhnya memang kami saling merindu dan rindu itu semakin menebal apabila semakin hampir saat untuk kami bertemu.

10 comments:

greener pastures said...

sweet.. :)

Azie said...

So sweet...
Sama2lah kita tunggu kepulangan org yang dirindui ye...anak2 akak pun dah start countdown...

aiEdfaRa said...

i bet msti k.Ena cant wait for him kan???
hEhehehe..
sweet sgt!!!n i loikeee!!

>__<

Belly-Button said...

hubby kak ena nati blk raya skali? mesti xsaba ni... ;)

Ena Mazly said...

Reen,

Sweet like chocolate ek.. ^____^

...................................

Kak Azie,

Penantian yang menggembirakan kan kak..sama-sama kita menghitung hari ye kak..

..................................

Farra,

Memang dah tak sabar dah ni...eheheh.. Rinduuuuuuuuuuu...

..................................

Sha,

Ye,insyaallah dia dapat beraya bersama kitaorg tahun ni..

.:Fae-Yust:. said...

yerp Ena, perasaan itu sungguh indah...akak pon sentiasa juge mengalaminye...;))

OneSimpleMother said...

bergetar hatiku membacanya.. hehehe.. tak sabar nak menanti detik itu.. :)

Marsha~ said...

betul tu... lagi dah nak sampai laaaaaaaaaaggggi rindu... mesti meriah raya tahun ni kan? ngeee

Ena Mazly said...

Kak Yus,

kadang2 rasa cam baru bercinta-cinta kan kak... ehehehhe...

....................................

Kak Mas,

Bergetar-getar ke kak... ehehhe... kak mas pun tentunya tgh rindu-rinduan kan..

..................................

Marsha,

Insyaallah raya tahun ni mmg meriah.. Balik muar tak raya nnt? Kami plan untuk buat rumah terbuka pada hari raya kedua.. ramai kengkawan kapal dia kata nak dtg raya, so untuk senang citer, buat open house je lah.. tak de ler asyik nak ke dapur je masakkan utk kengkwn dia kan...

~Pn.Ilah~ said...

Alahai kak ena, so sweet!!... :)
Jeles2..huaaaaaa...

Post a Comment