Setelah berhari-hari mengharungi hari-hari sukar yang menuntut kekuatan fizikal dan mental dalam menguruskan abah yang tercinta, berulang alik ke Kuala Lumpur dalam urusan rumah, kerja di sekolah yang tidak pernah akan surut serta menolong kakak ipar yang ditimpa musibah, akhirnya hari isnin lepas, mummy tewas jugak...
Bangun pagi untuk kesekolah terasa dunia ini berpusing-pusing. Namun tetap digagahi jugak untuk ke sekolah.. Memandu dengan penuh kesukaran kerana kepala terasa begitu berat.. Masih cuba hadirkan diri diperhimpunan mingguan.. Dipertengahan perhimpunan,segalanya terasa seperti tidak tertanggung lagi.. Keluar dari perhimpunan menuju ke bilik guru... Ingatkan nak merehatkan diri buat seketika, tapi rupanya keadaan bertambah teruk.. Pening menjadi-jadi, sehinggakan termuntah-muntah hijau kerana perut masih kosong di pagi hari... Tidak tahan dengan keadaan diri, terus minta izin dari pengurusan untuk ke klinik.. Sekali lagi, memandu dengan penuh kesukaran.. Alhamdulillah, Tuhan sentiasa melindungi.. Menurut doktor, diri ini terlalu penat dan mengakibatkan kitaran darah menjadi tak betul. Doktor bagi MC dan arahkan untuk berehat. Tapi bila ada anak kecik, mana ada istilah REHAT dalam hidup.. Tidak mengapa, itulah kekuatan Mummy untuk kembali sihat.. Kasihan mereka terpaksa bermain sendiri bilamana mummy tertidur tidak sedarkan diri.. Terdengar-dengar suara si kecil memanggil mummy, mummy, mummy... Maaf sayang, mummy betul-betul tak larat..
Terasa seperti mendapat suntikan apabila menerima balasan email dari kekasih hati,
"Abg pun rasa bertuah kerana Allah memilih honey utk menjadi isteri abg jugak...pergorbanan honey betul2 byk..tu yg buat sampai penat & pening gila & termuntah2 plak tu..memang le kalau bleh abg nak duduk sebelah honey & nak picit/urut honey yg tgh sakit tapi nak buat mcm mana kan...tgh duduk atas kapal skrg nie utk bekerja & mencari rezeki utk kita semua...abg harap honey jaga le kesihatan dgn berehat & makan secukupnye la hari nie & hari berikutnye..."
Dan malam semalam, menerima pulak panggilan telefon dari +1978010 untuk menanyakan keadaan diri ini... Oh indahnya perasaan itu...
Ya Sayang, I will always be your superwoman.I'll make sure that you will always proud to have me as your wife. I Love u Sayang.. Thanks for everything.
Alhamdulillah, hari ini segalanya semakin pulih dan diri ini sudah semakin sihat untuk menjalani hari-hari mendatang dengan penuh kegembiraan.





21 comments:
ala kesiannya ena. take care kay.. kesian anak2 kalu mummy jatuh sakit ni...
kak zurena ,,
thanks sbb link blog hani :)
kuatkan semangat yea :)))
cikgu jaga diri ye.
dah nak dekat SPM, samura tu makin bz
:)
someone is always there for you although he's far
Kak Mas,
Insyaallah kak.. Thanks for your concern kak..
..................................
Hani,
Baik lah dik... Akan terus kuatkan semangat...
.................................
Maryam,
Yes dear... So near, yet so far away...
SAMURA mmg sentiasa bz apatahlagi kami akan jadi tuan rumah HKSBP Zon Selatan pada 12 March ni...
kak ena,
sometimes i doubt myself can i be as strong as most of the seafarers' wives who have family and career to juggle with while the husbands are out of sight for months and yet look at you all, still standing strong no matter what.
masyaAllah.may Allah bless you.
:)
No worries jeem. You will also be one of the superwomen soon..
Kak ena..tah2 pregnen pe?€??hiii
Have enough rest k.. :)))
kak ena,,
bangge dgn kak ena,,
jg dri jg ksihatan ok..
teacher,
get well soon :)
Ikin,
Ada gak kengkawan yang menyakat cakap, tah tah peknen kot...ehehhe... takde makne nye dik oiii.... Baru je pas period last week....
............................
Farra,
Ok Farra...
..............................
Zura,
Thanks dik...Insyaallah akak akan jaga diri... Kalau akak flat, mcm mana plak dgn budak bertuah dua org ni kan...
................................
Farahin,
Thanks dear for your concern...
^____^
Kak Ena..
akak mmg superwomen
sgt2 kagum dengan sume isteri2 pelaut
hope 1 day zati pon boleh jadi setabah itu
:)
Zati dah mule discover how hard to be seafarer's lover
Kak Ena~
I know you are a SUPERWOMAN...
Akak jaga diri bebaik ea...
Zati.
Ye dik...Kita mmg kene kuat.. Insyaallah, zati pun akan secara otomatiknya menjadi kuat apabila menjadi isteri sang pelaut nnt..
Yakin boleh ye dik...
...............................
Inn,
Thanks dik... Inn pun superwoman gak kan... Yang setia menantikan superman nya mengirimkan khabar berita dari laut...
Salam!! Hebat ya pengorbanannya isteri2 pelaut ya... tabahkan hati ..akhirnya InsyaAllah semuanya berakhir dengan kebahgiaan.
get well soon kak!
Cikgu Yang Azmah,
Alah bisa tegal biasa kak..
...................................
P-qah,
Ok dik....Akan ingat untuk makan ubat bila tiba masanya...
cayalah kak ena.. mmg btol2 superwoman!! sy pon tgh blajar nak jd superwoman.. td keta rosak.. tanpa bantuan adik bradik seniri atau ipar sy manage utk hubungi mekanik dan repair.. skang dah sampai opis dgn slamat.. ^___^
Izan,
Bersamalah kita terus menjadi superwoman..
Chaiyok chaiyok..
Yakin boleh kan dik...
ala... very da touching la.. hope o pun bleh jd sekuat akak... =)
kak ena..
sory kak. lama x bc blog. ni baru tau keadaan akak. syukur akak dpt lalui semuanya dgn tabah.. insyallah Allah akan sentiasa menolong, dn memudahkan sgl urusan akak. always be a strong mummy ya.. insyallah
Post a Comment