Friday, January 29, 2010

Kini Tiba Waktunya....

Kini tibalah masa untuk perpisahan sementara yang amat tidak disukai oleh para isteri, tunang mahupun kekasih hati sang pelaut.. Cinta hati kami akan pergi menjalankan tugas di lautan luas pada 01 Februari 2010 ini. Hanya tinggal berapa hari sahaja lagi untuk kami melepaskan genggaman tangannya.. Tiada lagi pelukan hangat yang amat menenangkan itu.. Rumah dan bilik kami pasti akan terasa kosong, sekosong hati kami... Sekiranya menghitung hari saat kepulangannya itu di sulami dengan senyuman, pastinya menghitung hari saat perpisahan ini ditemani dengan tangisan..

Dia terpaksa pergi di kala diri ini teramat perlukan sokongan darinya. Saat ini abah masih lagi di ICU. Keadaanya masih tidak stabil. Adakalanya menunjukkan perkembangan positif, tapi di satu masa yang lain pulak, keadaannya amat membimbangkan.. Berat sungguh rasanya untuk hadapi semua ini sendirian.. (Jika kita rasa kita susah, sentiasa lah ingat ada orang yang lebih susah dari kita - cuba untuk memotivasikan diri sendiri)

YA..... Kali ini diri ini perlu jadi lebih tabah dari biasa...

Ya Tuhan,
kau tabahkan hati ini. Kau kuatkan jiwa ini.

Airmata,
janganlah kau gugur lagi...

Bersabarlah,
Semoga senyuman akan terus terpancar di bibir ini.


^______________________^


12 comments:

Marsha~ said...

aduhai Ena.. bertahanlah ye... sabar ye Ena.. Ujian dan dugaan ini pasti ada hikmahnya.. Sang suami mencari rezeki.. dah tiba masanya dia pergi tunaikan kewajipan dia.. kita sbg anak dan juga isteri, harus tabah dan berdoa yg terbaik.. mudah-mudahan dipermudahkan.. Abah Ena pasti akan sembuh.. jgn berhenti berdoa ye.. kami semua pun mendoakan yg terbaik utk keluarga Ena.. Ena seorg yang kuat, macam kami semua, isteri2 pelaut semuanya kuat, tabah dan memahami Ena.. sabar ye..

firDEE said...

Kak ena,
btul tu..masa diaorang nak sign off punya lah happy.ni nak sign on..punya lah berat hati nak melepaskan diaorang kan..
Kita sama bersabar yer ;)

Ena Mazly said...

Marsha,

Terima kasih banyak2.. Kata-kata u cukup bermakna...

Thanks dear...So lucky to have u as one of my friend..

....................................

Diana,

Ya,kita perlu jadi seorang yang penyabar...Insyaallah..

w|cKa` said...

insyaAllah abah kak ena kan sembuh nnt.. tabah ye kak.. nnt lagi berat hati capt mazly tu nak pegi..
dia nak naik kapal mana?

Ena Mazly said...

izan,

Thanks dik..Insyaallah..

Capt naik puteri nilam.

greener pastures said...

u'll be just fine.. dun worry..;p

ZuRaNaI said...

kak ena..take care ok..

Ummi said...

kita serupaaaa..

jeem said...

k.ena,
1st time komen sini rasanya.1 feb tu pun saya nk kena tgal gak.sedey btol la rasa.sobs.sesama la sabar ye kak.

i n n z c h u b b y said...

Kak Ena:

Sama-sama kita tabahkan hati dan kuatkan semangat ye!!!

Ena Mazly said...

reen,

insyaallah.. thanks dear

...................................

zura,

ok dik. i will.

.....................................

syikin,

inilah lumrah berkahwen dgn org kapal ni kan.

.................................

jeem,

ye dik. minggu2 awal ni mmg emosi tak menentu skit kan. sayu hati rindukan diaorg kan..

....................................

inn,

ye dik, chaiyok chaiyok

Linda Arshad said...

kak ena..kuatkn semangat,tabahkn ati ye..kami semua ada di sisi kak ena ^__^

Post a Comment