Monday, February 1, 2010

Alhamdulillah.

Alhamdulillah keadaan abah semakin baik. Tiub dari mesin pernafasan yang dimasukkan ke mulutnya dah dibuka.. Dia sekarang sedang berusaha untuk bernafas sendiri walau kadang kala masih memerlukan bantuan dari topeng pernafasan.. Sudah bole mula makan.. Dah start minta nak makan itu dan ini.. ^___^ .. Dah mula ingatkan rumah di Muar.. Kalau berterusan menunjukkan perubahan positif, mungkin esok atau lusa dia akan keluar dari ICU dan dimasukkan ke wad biasa.. Syukur kepada Tuhan atas nikmatnya yang tak terhingga.. Alhamdulillah...

Namun, memang tak mungkin akan lupa dengan semua kenangan sepanjang abah di ICU terutama apa yang abah tulis dan lukis di kertas semasa dia tidak bole bercakap.. Dia cuba untuk sampaikan apa yang ada di kepalanya melalui tulisan/lukisan. Memang sayu hati sehingga rasa nak menitik airmata terutama ketika kita tak faham dengan apa yang ditulis dan dilukis itu. Kerana tulisannya itu agak susah dibaca dan menggigil-gigil..Memang jelas kelihatan kekecewaan diwajahnya bilamana kita sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan..

Perkataan pertama yang dia tulis, "Umah Piah". Dia lupa yang dia sebenarnya dah berada di ICU.Dia masih ingat dia masih berada di rumah anaknya, Zanapiah...Terpaksalah Kak Ida menerangkan perkara sebenar.. Dia hanya mengangguk lesu tanda faham.

Ada ketika dia lukis bulatan, bila ditanya apa tu, dia tunjuk perut dia..Then ditanya lagi, "Abah lapar ye?" Dia angguk.. "Abah nak limau ye?" Dia angguk sambil tersenyum.. Dan menunjukkan 5 jari yang bermaksud dia nak lima biji limau..Terpaksalah menggunakan psikologi untuk memujuk hati tuanya dan berjanji untuk membelikannya limau sekiranya dia sembuh dengan cepat .. Ketika itu dia masih tidak dibenarkan untuk makan solid food.. Dia hanya dibekalkan makanan melalui tiub.. Masuk hari semalam, bermakna sepuluh hari dia tak makan nasi... Kesian sungguh...

Ada masa lain pula, dia lukis gambar kereta.. Then ditanya, "Abah ingat kereta abah ye?" Dia angguk.. Kereta abah ok.. Ena dah panaskan enjin sebelum datang KL semalam.. Dia angguk lagi.. Then dia sambung pulak lukis satu bulatan kecik seperti stereng kereta.. Memula tak faham kenapa dia lukis stereng. Then one of my anak saudara menyampuk, "Tok Bah nak bawak kereta ye?" Terus dia tersenyum, tersengih dan mengangguk-anggukkan kepala.. Rupanya dia rindu nak bawak kereta...eheheh.. Dalam sedih ada jugak kelakarnya...Abah..Abah..

Ya Allah Ya Tuhanku, Terima Kasih atas segalanya. Sesungguhnya engkaulah yang memakbulkan doa-doa kami.

5 comments:

ZuRaNaI said...

kak ena,,
abah kak ena sgt kuat smgt..alhamdulillah..

Ena Mazly said...

zura,

alhamdulillah..

Marsha~ said...

syukur alhamdulillah... :)

Ena Mazly said...

Thanks marsha kerana sama-sama mendoakan..

luvmum said...

moga abah Ena sihat..kami doakan

Post a Comment