Tetiba terajin nak menjawap tag dari mama Qiestina si budak syomel.. Ok Yat, selamat membaca ye...
HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
1st Child
Selepas sebulan balik dari Mekah, period terlewat.. Dengan excitednye gi beli pregnancy test dan balik umah terus test.. Tersenyum lebar encik suami apabila ujiannye positive.. (Ya, kami memang berdoa bersungguh-sungguh di hadapan Kaabah agar dikurniakan zuriat secepat mungkin. Masa tu dah kahwin setahun tapi masih belum pregnant lagi. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Bethrisya tu anak Mekah lah)
2nd Child
Setelah beberapa minggu demam-baik-demam-baik, hubby suruh makan panadol tapi dalam hati dah berkata-kata, "Aku ni pregnant kot". So try buat pregnancy test, tak sangka plak positive.
HOW DO YOU FEEL?
1st Child
Alhamdulillah, syukur yang tak terkata. Tuhan makbulkan doa kami.
2nd Child
Terkejut sesangat. Sebab masa tu Bethrisya masih menetek dan mummy pun tak uzur sejak dari bersalinkan Bethrisya. Tu yang tak sangka bole pregnant lagi tu.. Kelakar pun ada..Tapi hubby mmg sangat seronok.
WHO DID YOU TELL FIRST?
Hubby
WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
1st Child
Ya, kami memang sangat berharapkan dapat baby secepat mungkin.
2nd Child
Yang ni secara tidak sengaja.. ehehhe... Ingatkan nak jarak sikit no 1 dgn no 2... tapi rezeki tuhan nak bagi.... ^____^
WHAT IS YOUR FIRST CHILD NAME?
Bethrisya Azlyena Bte Mazly
WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?
Girl
WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Dari awal dah tahu jantina baby, so memang prepare nama untuk baby girl je.
DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Memang impikan baby girl as our first child.. Bole tolong mummy jagakan adik-adik.
WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?
1st Child
02 August 2006


2nd Child
19 March 2008


DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?
1st Child
07 August 2006
2nd Child
01 April 2008
HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?
Oh My God!!! I'm a mummy....Syukur yang tak terhingga atas kurniaan Tuhan yang tak ternilai itu. Meleleh air mata kegembiraan bila tgk baby. Terasa lengkap dah hidup ni bila diberi peluang melahirkan zuriat buat si suami.
HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?
1st Child
26 tahun
2nd Child
28 tahun
DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU G IVE BIRTH?
Of course. Senang nak buat preparation.
DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
1st Child
Tak de langsung.. Kadang2 tak rasa pun yang tengah pregnant. Ditambah pulak perut yg amat kechik.. Orang2 tak tau pun yg kita ni pregnant.
2nd Child
Agak teruk jugak diawal2 prenant, sampai kene tahan wad untuk masuk air.. Huhuhuuuhuu...
WHAT DID YOU CRAVE?
1st Child
Limau bali. Tetiba susah pulak nak cari time tu.. Hubby dah le atas kapal.. Berusahalah mencari sendiri. Nasib ada kengkawan yang sesama tolong carikan.. Last2 dapat dari kawan Chinese yang mintak mak dia belikan kat Batu Pahat.
2nd Child
Sizzling Chicken Chop kat kedai Amigos, Melakaraya... Hubby balik je, terus bawak gi makan kat situ..Seminggu kemudian terus terberanak... ehehehhe..
WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Tak de kot
HOW MANY KG's DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
1st Child
Before pregnant = 43 kg
Sebelum bersalin = 57 kg
2nd Child
Before pregnant = 42 kg
Sebelum bersalin = 54 kg

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
1st Child
Baby breech. Sampai ke akhirnya dia tak nak pusing dan duduk betul2. Yang lelainnya semua ok.
2nd Child
Mabuk hanya diawal trimester pertama sahaja... Bulan-bulan seterusnya semua berjalan dengan lancar. Siap bole naik kapal terbang gi shoping2 kat Langkawi lagi masa trimester ketiga... ehehehe
WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Raja Specialist Maternity
WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
1st Child
My friend from school. Kak Dian n Kak Siti Zue. Pagi tu dah rasa sakit tapi pergi gak sekolah. Siap masuk kelas di tingkat 2 dan mengajar..Sambil mengajar, sambil tahan sakit... Pastu siap bole gi breakfast dulu.. Then kena marah n bebel ngan cecikgu kat sekolah ni.. Tu yang Kak Dian terus tolong hantarkan ke hospital. Hubby dah ada kat darat tapi dia attend Senior Officer Forum kat Holiday Inn Shah Alam. Bila bagitau yang dah ada kat hospital, terus kelam kabut dia balik Muar. Punya lah cuak sampai tak bole nak drive. Terpaksa abang dia tlg drive balik muar dan balik kl semula naik bas.

2nd Child
Gi klinik with hubby. Ingatkan nak jumpa doctor je coz rasa cam sakit2 pinggang.. Then doctor terus suruh admit.
WHO IS YOUR GYNEA?
Dr Raja
HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
1st Child
Sampai klinik kul 10.30. Masuk OT kul 2. Siap suh doktor tunggu kejap coz hubby tak sampai2. Bila dia sampai je terus salam mintak maaf dan dengan tenangnya berjalan masuk OT. Kami memang dah tau kene operate coz baby songsang.

2nd Child
Sampai klinik kul 9 pagi. Rasa sakit dari mlm. Bila check memang contraction dah kuat. 5 minit sekali, 4 minit sekali. Tapi bila doctor check baru 1 cm. Waduhh... Rasa macam dah tak tahan dah.. Doctor bagi suggestion utk ceaser.
Reasonnye :
- Ada sejarah c-sec
- baby agak besar berbanding mummynya yang kecik molek ni.
- dah sakit dari malam so doctor takut tak cukup tenaga bila nak push nnt.
Bila discuss2 dgn doctor, tanpa tanya pendapat mummy, ayah terus setuju utk operate coz dia tak nak amik risiko. Takut2 baby lemas or termakan najis.
Doctor ngan misi terus buat preparation OT, call pakar bius, dan terus start operation kul 1 lebih petang.
WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?
1st Child
2.25 pm
2nd Child
1.51 pm
WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Disebabkan dua-dua C-sec, makanya, Ayah tak dapat lah masuk OT sesama mummy...
WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
C-sec for both pregnancy
DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
1st Child
Nope.
2nd Child
Injection utk kurangkan sakit.
DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?
1st Child
Sampai 1 tahun 2 bulan. Dia stop sendiri bila mummy dah pregnant kan adik.
2nd Child
Sampai sekarang masih menetek lagi. 1 tahun 10 bulan.
ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?
Kalau ikut perancangan maybe 2011 baru nak tambah baby, tapi hubby kata nak tahun ni.. Dia kata tahun depan dia dah tua.. ahahhaha... Kita tunggu dan lihat je lah ye.
"Sesungguhnya pengalaman mengandung itu sesuatu yang teramat indah dan anak-anak itu anugerah tuhan yang tidak ternilai".





8 comments:
kak ena rayyan tu dr kuar perut mmg dahi berkerut laaa.hehe hensem boy..
chica plak dr kecik da pandai melaram ;P
auwwwwwwwwwwwwww so suwit kak ena :)
ohhh chica anak mekah yee? kak ena g umrah keee?
bertuah tul kak ena dah ade sepasang boi & gal.berbaloi baloi betulla.
moke akak time preggy pon glowing habes,ttp menten vogue.hihi.betuula kan kak,preggy is the besh moment eva!
Dey,
ehehhehe... Byk pikir kot time dok dlm perut mummy.. Nak lalu jalan betul or nak lalu tingkap...eheheh...tu pasal keluar2 terus berkerut..
.....................................
Yat,
Mengikut perkiraan akak, Bethrisya ni jadi kat Mekah..ehehhehe...Haah akak gi buat Umrah dgn hubby dan MIL..
Akak mmg suka time2 pregant ni Yat.Bole tempah baju mcm2 fesyen..eheheh..Padahal boleh jer beli dah siap, tapi saje je, nak tempah gak..nak melaram punya pasal..now baju2 tu dah dok diam2 dalam kotak..ntah bilalah nak pakai balik ek...
teacher,
supposed kak chica same birthdate with me!
7 august tapi dah terkeluar awal pulak.
hehe :)
Farah,
La ye ker...Dia dah tak sesabor nak lihat dunia lah... tu pasal nak keluar awal..
relax je ena ek.. dua2 csec walaupun agak rapat.. org kata takleh rapat tapi dah rezeki tuhan nak bagi.. btol tak??
Marsha,
ehehhee...boleh jer.. org jerk yg takut2 kan kita.. cakap mcm2.. nnt jahitan trebukak lah, rahim pecah lah... tp alhamdulillah, masa ena pregnantkan rayyan aritu, semuanya ok..lagipun dah tuhan nak bg kan, tak kan tak nak pulak... ^____^
akak nampak beseri sgt masa preggy.. sy ni jerawat naik beketul2 ni.. xde seri lansung.. jeles tgk akak..
Post a Comment