Thursday, September 19, 2013

Road trip to KRABI.

Akhirnya impian untuk melihat keindahan KRABI terlaksana. Mummy memang dah lama berangan nak gi Krabi dan nak bawak anak-anak berisland hopping dan bersnorkling melihat keindahan laut ciptaan Tuhan...

Perancangan di saat-saat akhir akhirnya membuahkan hasil. Lima keluarga. Lima buah kereta. Sepuluh orang dewasa. Lima belas orang kanak-kanak. Memang havoc. Memang happening. Satu kenangan yang sangat indah. Ada rezeki nanti kita plan gi holiday bersama-sama lagi ye.

Ahli rombongan kami.

Welcome to Thailand

Yeahhh, dah nampak signboard Krabi
Akhirnya setelah merempuh perjalanan sepanjang 9 jam dari Penang, Kami sampai jugak di Mercure Krabi Deevana. Hotelnya sangat cantik walaupun harganya murah. Kalau andainya kami sampai lagi ke Krabi, pasti hotel ni tetap menjadi pilihan.


Mercure Krabi Deevana
Sawadikapppp
Swimming pool yang sangat luas

Anak-anak yang excited berenang.

Gumbiranya



Aktiviti yang paling best mestilah berisland hopping. Disebabkan kami memang dah ramai, so kami terus lah sewa satu bot khas untuk kami tanpa perlu campur dengan orang lain. Pakej nyer juga agak murah.

Ready menunggu pick up untuk berisland hopping

Ibu-ibu yang turut sama excited

Bapak budak dan anak anak yang jelas ketidak sabarannya... ehehehhe

Yeeahhaaaaa

Ready nak naik speed boat.

Ayah with Rayyan

Family

Rayyan

Rayqal

Bethrisya

Kaum ibu yang tak puas-puas berposing


Posing lagi

Bapak-bapak pun sama berposing sakan
Capt Mazly dan Teacher Zurena


Pasangan-pasangan bahagia. Aminnnn....

First snorkling experince for Bethrisya

Family potrait

Ayah - Kakak - Abang

Mummy - Adik

Lunch

Kanak-kanak yang sentiasa riang gembira

Tamat lah sudah aktiviti island hopping kami

Disebelah malam, sempat jugak lah kami meronda-ronda sekitar bandar Ao Nang.. Dapat lah anak-anak merasa naik tuk tuk...


Capy Mazly & CE Fuad



Naik tuk tuk. RM2 sekepala.

Mummy with Dilla


Sebelum berangkat pulang ke tanah air, kami sempat jugak singgah di tempat yang wajib bergambar di bandar Krabi. The Big Krab. Seperti biasa bermacam-macam aksi yang keluar.. Sesekali berholiday bersama, ini lah jadinya... ehehehhee.. Yang pasti memang enjoy dan seronok sangat dengan trip kali ni.

Anak-anak yang bermacam ragam.

Sebahagian sahaja ni, ramai anak-anak dah terbongkang tido dalam kereta...
Jejaka Idaman Malaya

Perempuan Melayu Terakhir
Chenta Hati

Selamanya ku cinta kamu...

Next trip kemana pula kita ye kengkawan??? Ada sesiapa lagi yang nak join the club?? ehehehe... The more the merrier....

Friday, August 16, 2013

Happy 80th Birthday ABAH !!!

Syukur alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk menyambut hari ulangtahun ayahanda tercinta yang ke 80 tahun. Memandangkan pada tahun ini, ulangtahun Abah jatuh pada hari raya, maka kami adik-beradik mengambil keputusan untuk buat sikit majlis makan makan sempena meraikan Abah yang telah menjejak usia 80 tahu. Moga Abah terus dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada Allah, dan terus dikelilingi dengan kebahagiaan didunia dan akhirat. Insyaallah.. Terima kasih kerana terus menjadi Abah yang terhebat buat kami adik-beradik.




Semua yang menyambut birthday pada bulan OGOS...

Bersama hadiah samsum s111 mini dari bethrisya, rayyan n rayqal..
Pandai ke Tok bah tu guna touch screen ek.... ehehehehhe

Saturday, August 10, 2013

Raya Penuh Makna

Alhamdulillah, raya tahun ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Setelah dua tahun berturut-turut kami beraya tanpa Ayah disisi, akhirnya Tuhan makbulkan doa kami pada tahun ini. Ayah akhirnya sign off dari kapal dua hari sebelum raya dan selamat sampai ke Muar sehari sebelum hari raya. Tiada yang lebih gembira dari anak-anak. Jelas kelihatan cahaya kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat menyambut raya dan berpakaian sedondon dengan ayah di pagi Syawal.

Md Dom's Family

Kami yang sedondon.
Kami yang sentiasa perasan muda.
Si kakak
Si Abang
Si Adik

Nampak tak betapa gembiranya si Kakak dan si Abang didukung oleh Ayah. ehehehehe... Dan ianya juga merupakan tahun pertama bagi si Adik dapat beraya bersama Ayah. Sesungguhnya memang raya tahun ini, raya yang amat bermakna bagi kami kerana belum tentu lagi kami dapat raya bersama untuk tahun hadapan...Syukur Alhamdulillah atas nikmat Mu ini Ya Allah.

Wednesday, August 7, 2013

Welcome back AYAH ....

Yeahhh.. akhirnya Ayah dapat balik jugak even dua hari sebelum Raya.. Terima kasih yang tak terhingga kepada Capt Pradeep yang mengganti Capt hati kami... Yang pasti kami dapat raya bersama-sama tahun ini... Yip yip horeyyyyy... Mari berjoget bersama kami...

Tiga beradik yang dah tak sabar nak gi KLIA untuk jemput ayah.

Akhirnya....
Lengkap sudah ahli keluarga kami....

Wednesday, July 10, 2013

Raya Tahun Ini

Baru hari pertama berpuasa, dah bercerita pasal raya.. ehehhee.. Saja lah nak berkongsi kronologi sambutan hari raya kami sepanjang 9 tahun berkahwin.

2004 : Tahun pertama bergelar suami isteri, kami berjauhan di hari raya. Sorang dilaut, sorang di darat. Sayu memang sayu, apatahlagi menerima panggilan telefon di awal pagi raya mengucapkan selamat hari raya dan memohon ampun maaf hanya dihujung talian.


2005 : Kami mengerjakan umrah di bulan Ramadhan dan menyambut 1 Syawal di atas kapal terbang.

Di Airport

2006 : Tahun pertama bergelar Ayah dan Mummy. Alhamdulillah, dapat menyambutnya bersama-sama. Kehadiran puteri sulong kami, Berthrisya Azlyena, mewarnakan lagi sambutan hari raya kami.




2007 : Sekali lagi kami dapat menyambutnya bersama-sama. Alhamdulillah.




2008 : Tahun ini kami berjauhan di hari raya. Tapi ahli keluarga kami bertambah. Kelahiran Rayyan Muszaphar, memeriahkan hari raya Mummy didarat walau tanpa Ayah disisi.





2009 : Alhamdulillah, kami dapat beraya berempat.




2010 : Sekali lagi beraya bersama-sama. Alhamdulillah.




2011 : Ayah beraya dilautan biru. Kami beraya didaratan. Namun, Mummy diberi kesempatan membuat ship visit di bulan Syawal. dapat lah jugak bergambar memakai baju raya sodondon.



Onboard Puteri Nilam


2012 : Kami beraya tanpa Ayah juga. Tapi dengan kehadiran ahli baru keluarga kami, Rayqal Malique. 




2013 : ???????????

Segalanya masih lagi menjadi tanda tanya. Mungkin Ayah akan balik dalam masa terdekat, mungkin juga tidak. Semuanya masih samar-samar walau harapan itu memang ada. Kerana segalanya berkemungkinan... Maka kami telah bersedia dari segi mental dan fizikal jika hasrat kami beraya berlima tidak tercapai. Mungkin belum rezeki kami. Tapi kami masih ada 28 hari lagi untuk berdoa.. Moga doa kami diperkenankan... Insyaallah...