Baru hari pertama berpuasa, dah bercerita pasal raya.. ehehhee.. Saja lah nak berkongsi kronologi sambutan hari raya kami sepanjang 9 tahun berkahwin.
2004 : Tahun pertama bergelar suami isteri, kami berjauhan di hari raya. Sorang dilaut, sorang di darat. Sayu memang sayu, apatahlagi menerima panggilan telefon di awal pagi raya mengucapkan selamat hari raya dan memohon ampun maaf hanya dihujung talian.
2005 : Kami mengerjakan umrah di bulan Ramadhan dan menyambut 1 Syawal di atas kapal terbang.
![]() |
| Di Airport |
2006 : Tahun pertama bergelar Ayah dan Mummy. Alhamdulillah, dapat menyambutnya bersama-sama. Kehadiran puteri sulong kami, Berthrisya Azlyena, mewarnakan lagi sambutan hari raya kami.
2007 : Sekali lagi kami dapat menyambutnya bersama-sama. Alhamdulillah.
2008 : Tahun ini kami berjauhan di hari raya. Tapi ahli keluarga kami bertambah. Kelahiran Rayyan Muszaphar, memeriahkan hari raya Mummy didarat walau tanpa Ayah disisi.
2009 : Alhamdulillah, kami dapat beraya berempat.
2010 : Sekali lagi beraya bersama-sama. Alhamdulillah.
2011 : Ayah beraya dilautan biru. Kami beraya didaratan. Namun, Mummy diberi kesempatan membuat ship visit di bulan Syawal. dapat lah jugak bergambar memakai baju raya sodondon.
| Onboard Puteri Nilam |
2012 : Kami beraya tanpa Ayah juga. Tapi dengan kehadiran ahli baru keluarga kami, Rayqal Malique.
2013 : ???????????
Segalanya masih lagi menjadi tanda tanya. Mungkin Ayah akan balik dalam masa terdekat, mungkin juga tidak. Semuanya masih samar-samar walau harapan itu memang ada. Kerana segalanya berkemungkinan... Maka kami telah bersedia dari segi mental dan fizikal jika hasrat kami beraya berlima tidak tercapai. Mungkin belum rezeki kami. Tapi kami masih ada 28 hari lagi untuk berdoa.. Moga doa kami diperkenankan... Insyaallah...







5 comments:
saya suke tengok gambar 2008 tu..sume comelll..hii
Mkin lm mkin lawa gmbonye. Mkin meriah.:-)
Zahirian,
Tq kin....
**************************
Cik Chinta,
Makin meriah coz makin bertambah ahlinya.. ehehehe
nice...
samela dgn saye, gmbar 2008 tu ank2 kecik tu nmpk comel sgt..
Post a Comment