Wednesday, July 10, 2013

Raya Tahun Ini

Baru hari pertama berpuasa, dah bercerita pasal raya.. ehehhee.. Saja lah nak berkongsi kronologi sambutan hari raya kami sepanjang 9 tahun berkahwin.

2004 : Tahun pertama bergelar suami isteri, kami berjauhan di hari raya. Sorang dilaut, sorang di darat. Sayu memang sayu, apatahlagi menerima panggilan telefon di awal pagi raya mengucapkan selamat hari raya dan memohon ampun maaf hanya dihujung talian.


2005 : Kami mengerjakan umrah di bulan Ramadhan dan menyambut 1 Syawal di atas kapal terbang.

Di Airport

2006 : Tahun pertama bergelar Ayah dan Mummy. Alhamdulillah, dapat menyambutnya bersama-sama. Kehadiran puteri sulong kami, Berthrisya Azlyena, mewarnakan lagi sambutan hari raya kami.




2007 : Sekali lagi kami dapat menyambutnya bersama-sama. Alhamdulillah.




2008 : Tahun ini kami berjauhan di hari raya. Tapi ahli keluarga kami bertambah. Kelahiran Rayyan Muszaphar, memeriahkan hari raya Mummy didarat walau tanpa Ayah disisi.





2009 : Alhamdulillah, kami dapat beraya berempat.




2010 : Sekali lagi beraya bersama-sama. Alhamdulillah.




2011 : Ayah beraya dilautan biru. Kami beraya didaratan. Namun, Mummy diberi kesempatan membuat ship visit di bulan Syawal. dapat lah jugak bergambar memakai baju raya sodondon.



Onboard Puteri Nilam


2012 : Kami beraya tanpa Ayah juga. Tapi dengan kehadiran ahli baru keluarga kami, Rayqal Malique. 




2013 : ???????????

Segalanya masih lagi menjadi tanda tanya. Mungkin Ayah akan balik dalam masa terdekat, mungkin juga tidak. Semuanya masih samar-samar walau harapan itu memang ada. Kerana segalanya berkemungkinan... Maka kami telah bersedia dari segi mental dan fizikal jika hasrat kami beraya berlima tidak tercapai. Mungkin belum rezeki kami. Tapi kami masih ada 28 hari lagi untuk berdoa.. Moga doa kami diperkenankan... Insyaallah...



Friday, June 21, 2013

Berdua Lebih Baik

Ada ketikanya, kita perlukan masa-masa berdua untuk memperbaharui dan menyemarakkan lagi rasa cinta suami isteri. 

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya Mummy setuju jugak untuk sign on dan ikut Ayah belayar serta meninggalkan tiga orang buah hati ni bersama Tok Mak dan maid. Walaupun berat hati, tapi digagahi jugak. Disini anak, disana suami.. Ayah kata kat anak anak, bagi la peluang Ayah peluk peluk mummy sekejap... Ehehheee... Alhamdulillah kerana mendapat keluarga yang sangat memahami. Mak mertua la yang beria-ria suruh pergi jugak dan kata jgn risaukan anak anak kerana tau lah dia nak menguruskan budak budak tu macam mana nanti. Lagipun tgh cuti sekolah, ramai je yang bole melayan diaorg kalau nak kesana kemari.

Makanya, pada 2.6.2013, Mummy pun terbang la ke Bintulu menemui cinta hati. Orang atas kapal tu pun tersengeh sengeh la bila pujuk rayu dia terkene.. Terasa macam baru baru kawen la pulak bila berdua je dgn dia kat atas kapal tanpa anak anak.. Ehehehe.. Honeymoon gitu... Belayar lah kami dari Bintulu ke Taiwan dan kembali ke Bintulu semula. 




Sampai-sampai atas kapal, masuk je bilik, terus nampak bunga dan card atas katil. Wahhh, terharunya.. Thank u Sayang.
Jambangan bunga ros dan birthday card.

Wajah yang dirindui

Malam kedua di atas kapal, tanpa disangka si Captain ni telah berpakat dengan anak anak kapal dia untuk buat surprise sempena birthday Mummy yang jatuh pada 1.6 yg lepas. Memang ianya diluar jangkaan. Sejak dari petang Mummy ajak dia turun gi makan.. Tapi dia kata malam nnt baru turun. Banyak keje katanya. Bila dah kul 8.30, perut dah berkeroncong, dia masih lagi buat tak tau.. Sibuk dok ngadap komputer kat office.. Bila diajak turun, jawapannya, nanti sekejap, nanti sekejap.. Rasa nak mogok lapar pun ada.. Last-last kul 9 lebih baru dia kata jom turun.. Bila dah sampai kat crew mess, dah sunyi sepi, makanan pun dah tak de apa... Budak kapal pun, sorang tak de kat crew mess... Geramnyaaa la hai... Boleh pulak dia tanya, so cam ne ni Honey, makan Maggie je lah... Uwaaaaa.... kita dah la lapar, bole dia suruh makan Maggie jer... On the way nak naik lif semula, tiba-tiba dia berhenti kat bilik Gymnasium (yang telah diubah kepada bilik Jamming) .... Ingatkan dia nak tgk sapa yg tengah dok jamming, tiba-tiba bila pintu dibuka, terus bergema lagu 'Happy Birthday' dari live band Nilam.. Terkejut giler.. Bilik tu rupanya penuh dengan budak-budak kapal, belon kat sana sini, makanan penuh meja, kek sampai dua biji.... Memang speechless sangat.. Tak sangka dia akan berpakat dengan budak budak kapal dia untuk semua ni... 

Band Nilam sedang sibuk menyanyi kat belakang tu..

Hari-hari kami diatas kapal memang cukup indah. Mana tak nya, berkepit berdua tanpa apa-apa gangguan.. Memang kami menggunakan masa-masa berdua sebaik-baiknya. Terima kasih atas peluang yang diberikan.























Cukup 12 hari belayar, tiba masanya untuk kembali ke daratan. Berat pulak rasa hati meninggalkan cinta hati di atas kapal. Bila telefon rumah, anak-anak dah sibuk tanya bila Mummy akan balik, tapi si Ayah pulak sejak dua tiga hari Mummy nak balik, asyik cakap, "Mummy dah nak balik ke?" Huhuhuuuu.... 







Thank you for the wonderful 12 days onboard Sayang.. I love u more than word can say.. 


Notakaki : Dua tiga hari lepas Mummy balik, Ayah kata dia masih terangau-angau terbayang-bayang yang Mummy ada atas kapal.. Alahaiiii sian... Dia kata bila bukak pintu bilik,  tengok-tengok Mummy dah tak de rupanya...

Wednesday, May 29, 2013

Kidzania - May 2013

Selain ke Zoo Negara, Mummy juga sempat bawak anak anak ke Kidzania. Ini merupakan kali ke 4 mereka ke sini...









Tuesday, May 28, 2013

Zoo Negara


Alang-alang Mummy kene bertugas di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh di Sains Selangor pada tahun ini, Mummy bawak la semua anak anak ikut sekali stay kat Casa Indah. Nnt bila tak duty hakim, bole jugak Mummy bawak mereka berjalan jalan.

So destinasi pertama adalah Zoo Negara. ehehhee.. Proses mengenalkan binatang kepada budak budak kecik ni.. walaupun panas terik, tak mengapa kerana mereka semua gembira dapat tengok pelbagai jenis binatang.


Zirafah


Gajah


Burung Kakak Tua


Kuda Padi


Kuda Padi


Sunday, May 19, 2013

Legoland 5

Ke Legoland lagi kami untuk kali kelima. Kali ini adalah kerana memandangkan Mummy akan ikut Ayah sailing time cuti sekolah nanti. So kesiankan anak anak yang tak dapat kemana mana, maka Mummy bawak kan dulu mereka bergembira di Legoland...
Ke Legoland lagi kami untuk kali kelima. Kali ini adalah kerana memandangkan Mummy akan ikut Ayah sailing time cuti sekolah nanti. So kesiankan anak anak yang tak dapat kemana mana, maka Mummy bawak kan dulu mereka bergembira di Legoland.