Monday, April 29, 2013

Selamat Bertunang Nabila


Seorang lagi anak buah terlah bertukar status menjadi tunangan orang. Dan lebih menarik lagi, dia juga bertunang dengan orang kapal.. ehehhehe.. Dah jodoh, nak buat macam mana kan. Apapun tahniah buat Nabila dan Rayvien.





Saturday, April 13, 2013

Pak haji dan mak hajjah

Alhamdulillah, tokmak dah selamat pulang dari mengerjakan ibadah umrah di tanah suci mekah. Dia pun sihat tanpa sebarang masalah di sana. Sebagai habuan kat cucu dia yg dua org ni, dia belikan jubah yang sangat comel. Insyaallah ye sayang, ada rezeki nanti, kita jejak kan kaki di sana. Insyaallah, memang teringin sangat nak bawak ketiga tiga budak bertuah ni. Nak berdoa depan kaabah semoga mereka terus membesar menjadi insan yang berguna, bijak pandai, sentiasa menyenangkan ayah dan mummy dan terus berjaya di masa akan datang... Aminnnn...





Tuesday, March 19, 2013

Happy 5th Birthday Rayyan



Celebrate kat rumah.


Celebrate kat Villa Warisan, JB


Happy 5th Birthday Rayyan.

************************************

I can't hardly believed
that our little one
has grown up to be
a wonderful boy !!!

Happy Birthday Dear Rayyan...

May your birthday bring you
as much happiness
as you give to everyone
who knows you....

Thursday, March 14, 2013

Selamat Belayar Ayah


Tiba lah masanya untuk melepaskan cinta hati kami kelautan untuk mencari rezeki demi sesuap nasi. Moga pelayarannya kali ini sentiasa di bawah lindungan Yang Maga Esa. Jumpa lagi bulan 7 nanti, insyaallah. Moga kita diberi kesempatan untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama tahun ini.


i










Wednesday, February 27, 2013

Magic colour

Petang Isnin lepas, Bethrisya bgtau Mummy yg ada salesman datang ke sekolah untuk jual magic colour. So siapa yang nak beli bole la bawak duit keesokan harinya.. Dia mintak izin dan merayu nak beli magic colour tu.. Mummy izinkan coz dia mmg suka mewarna dan kerja dia mmg kemas.. Mummy janji nnt Mummy masukkan duit RM15 dalam purse dia.

Tapi, Mummy terlupa.. Benar-benar terlupa.

Masa jemput dia petang selasa tu, ternampak la kawan-kawan dia memegang magic colour tu. Bersalahnya rasa.. Bila dia nampak je muka Mummy, dia kata, Mummy lupa bg duit ye.. Dia tengok je kawan kawan dia beli.. Ada kawan dia yg tak bawak duit, menangis coz nak beli jugak.. Mummy tanya la, kakak nangis ke? Dia kata dia tak nangis.. Dia diam n tengok jer.. Sayu la pulak hati Mummy... So, Mummy mintak maaf banyak banyak kat dia dan janji untuk cuba cari kat bookshop.. Mintak mintak la ada..

Pagi tadi ketika bersarapan dan berbual dgn cikgu cikgu lain, terbukak la cerita pasal magic colour ni. Kak Nora, kaunselor selolah pun bercerita la yang anak dia ada dua magic colour tu coz satu dia beli sendiri dan satu lagi ayah dia tolong belikan coz takut anak dia tak dapat beli bila ayah dia tgk ramai sgt yg beratur utk beli magic colour tu. Mummy pun terus cakap, jual kat saya la kak satu tu.. Alhamdulillah, ada rezeki utk Bethrisya..

Tak sabar rasanya nak tunggu dia balik sekolah petang nanti. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi dia. Tak sabar rasanya nak tengok kegembiraan dia. Mungkin ia hanyalah sekadar MAGIC COLOUR, tetapi nilai di sebaliknya itu lebih bermakna. Senyum gembira seorang anak yang mampu menghilangkan rasa bersalah seorang ibu...





Posted using BlogPress from my iPhone