Ini lah percutian yang ditunggu-tunggu. Preparationnya dari bulan 9. Ianya jugak sebenarnya perancangan yang tanpa disangka. Pada awalnya ingat nak gi Hong Kong je tahun ni.. Nak bawak budak budak gi Disneyland.. Tapi tah macam mana Ayah boleh bukak mulut kata kita gi Korea la tahun ni. Sementara Capt Ikhwan masih ada kat sana. Next year dia dah abis kontrak di Korea dan akan ke Miri pula.. Lepas Ayah cakap cam tu, Mummy pun terus survey dan book tiket flight.
Makanya dari mula beli tiket itu la, anak-anak asyik bertanya bila kita nak gi Korea, bila nak main snow, kenapa lah lambat sangat bulan 12 dan pelbagai soalan yang tak tau nak jawap macam mana... ehhehehe...
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jugak. Kami pun terbang ke Korea pada 13/12/2015.
Dari Muar ke KLIA2, kami naik Airport Coach je. Malas nak menyusahkan sesiapa untuk hantar ke airport. Meriah atas bas tu dibuatnya oleh anak-anak kecil yang tak sabar-sabar nak makan angin.
 |
| Wefie dalam bus |
 |
| Tune hotel KLIA2 Lobi |
Sampai di KLIA2, kami pun check in di Tune Hotel. Almaklumlah, flight esok awal pagi.. Tu yang tak nak tergopoh gopoh pepagi baru nak bertolak ke KLIA2. Pagi tu, memang senang sangat kejut budak-budak ni. Kul 5.30 semua dah siap dan menapak lah kami ke KLIA2.
Day 1 : KLIA2 - Incheon
Kami tiba sebenarnya agak awal di kaunter check in. Dah siap check in bagai, kami breakfast dulu.. Leka menikmati makanan tak sedar yang jam dah 7.20pg... Mula lah berlari masuk ke balai berlepas.. Dah la memang tak biasa dengan KLIA2 ni... Rupanya sangat jauh lagi perjalanan kat dalam tu.. Memang marathon giler lah pagi tu.. semua berlari-lari takut tak sempat nak boarding.. Lawak sungguh bila diingat-ingat.. Sampai kat gate memang semua orang dah masuk, kami lah orang terakhir.. hehehehhee... Semput makchikkk berlari diawal pagi ...
 |
| Korea.... Here we come !!! |
 |
| Balai berlepas |
 |
| Masa untuk boarding |
 |
| Mummy-Qal-Kakak-Ayah-Rayyan |
 |
| Love |
 |
| Belum sampai Korea dah sejuk ke kakak? |
 |
| Si ensem boy |
 |
| Rayqal oo Rayqal |
 |
| Yeahhh... dah selamat touch down |
Sampai di Airport, driver transport yang nak bawak kami ke Guesthouse dah siap menanti bersama sepanduk.. Syoknya teksi kat korea ni, siap ada wifii dalam teksi.. Berebut-rebut memasing nak update FB/Instagram. Sesama kami pun boleh berwhatsapp sebab naik lain-lain teksi.
 |
| Incheon International Airport |
 |
| Sejukkk woooo |
Day 2 : Namsan Hanok Village - Seoul Tower
Seawal pagi dah bangun dan tak sabar-sabar nak meneroka bandar Seoul. Alhamdulillah, Guesthouse kami dekat sesangat dengan Seoul Station. 5 minit berjalan, Cumanya agak mencabar sebab turun naik bukit. Bila turun tu laju lah, tapi bila naik, tertonggek-tonggek memasing.
 |
| Memulakan perjalanan ke Seoul Station |
 |
| Seoul Station |
 |
| Proses membeli T-Money |
 |
| Dalam train pun sibuk nak posing |
Destinasi pertama kami adalah ke Namsan Hanok Village. Konon-konon nak tengok suasana perkampungan orang Korea. Malangnya kami tak perasan yang ianya tutup pada hari Selasa. So tak dapat lah kami bergambar pakai baju Korea tu semua. Dapat amik gambar kat sekitarnya je..
 |
| Mak-mak yang sentiasa vogue |
 |
| Anak-anak yang sentiasa gembira |
Dari Namsam Hanok Village, kami ke Namsam Seoul Tower. Satu perjalanan yang sangat mencabar.. Hahahaa.. Kekonon macho la nak jalan kaki je dari Namsan Hanok Village tu. Tengok dekat waze, tak de la jauh sangat.. Jalan punya jalan tapi masih tak sampai-sampai.. Dah la naik turun bukit.. Memang tercungap-cungap la... Semputtt.. Dah nampak macam dekat, tapi tak nampak nampak pintu masuk nya lagi.. Akhirnya, satu kepuasan yg tak terhingga bila nampak pintu masuk ke namsam cable car tapiiii... masih perlu memanjat tangga yg agak tinggi untuk sampai ke kaunter tiket.. Perghhhh... Berpeluh ketiak uuuolllzzzz....
Namsam Seoul Tower terkenal dengan Lock of loves nya.. Memang penuh bergantungan mangga mangga bertulis ayat cinta di segala pelusuk jambatan dan tiang tiang di Namsam Seoul Tower ini. Kami pun mengambil kesempatan untuk gantungkan mangga cinta kami berdua. Ada rezeki ke Korea lagi nanti, boleh la cek masih ada lagi ke tak mangga tu di situ.. Kalau tengok kan memang banyak jugak mangga yang dah karat.. Mungkin telah digantung bertahun tahun dahulu... Dan seronok jugak baca ayat-ayat cinta yang ditulis di atas mangga tu.. Romantikkkk gitu...
 |
Ribuan mangga yang tergantung.
|
 |
| Amin |
 |
| Sarat barat dengan pelbagai mangga |
 |
| Seoul Tower |
Day 3 : Vivaldi Ski Resort
Ini lah tempat yang dinanti-nantikan oleh anak-anak. Dan ini jugak tujuan utama kenapa kami ke Korea... Nak main snow, nak main ski, nak buat snowman, nak buat olaf... Akhirnya impian anak-anak termakbul. Punya lah excited turun-turun dari bas.. Semua berlari lari sambil baling baling snow sesama sendiri.. Siap baring-baring atas snow pun ada.. Dunia kanak-kanak memang sangat indah kan, mereka hanya tau ketawa, bergembira dan berseronok saje.. Buat la apa saja anak-anak, janji kamu gembira.. Ciptalah seberapa banyak kenangan di sini.. Moga ianya akan menjadi memori indah dalam hidup mu nanti...
 |
| Muka-muka jakun nampak snow |
 |
| Dah tak sabar ni nak main ski. |
 |
| Her first experience |
 |
| His first experience |
 |
| His first experience |
 |
| Terer ke bang? |
 |
| We are all ready !!!! |
 |
| Adik Rayqal buat apa tu? |
 |
| Eh... ehh.... depan skit tu terus gedebok jatuh.... |
 |
| Laju la sikit Ayah.... |
 |
| Ayah dan Mummy |
 |
| Kekonon terer |
 |
| Eksen je lebih.. Padahal tah berapa kali tergolek-golek. |
 |
| Sejuknyaaaaa.... |
Balik-balik guesthouse semua pengsan kepuasan dan kepenatan....
Day 4 : Namdaemun Market - Myeong Dong
Untuk hari ke empat, kami amik keputusan untuk keluar bershopping shopping di Namdaemun dan Myeong Dong.. Anak-anak yang besar di tinggalkan di guesthouse.. Mummy bawak Rayqal je.. Alang-alang dah sampai ke negara orang kan, nak lah beli kan sikit sourvenir untuk rakan rakan dan saudara mara... Benda yang best kat Namdaemun ni ialah brooch dia.. Dan ramai jugak kawan-kawan yang kirim brooch korea.. Selain daripada brooch, sudu garfu korea pun salah satu sourvenir yg famous di sini.. Sudu garfu Korea ni lain sikit sebab ianya agak panjang. Memang best bila guna.
Daripada Namdemun Market, bergerak pulak ke Myeong Dong. Ini adalah semata-mata kerana nak pergi butik Playnomore yang tengah hot tu.. Bila dah sampai situ, juling jugak bijik mata tak tau nak pilih yang mana satu.. Rasa macam semuanya comel-comel.. Akhirnya beli jugak 4 biji untuk diri sendiri... Hahahahaa.. Tamak haloba gitu.. Tah bila nak pakai tu ye Teacher Zurena...
 |
| Pilih-pilih, yang mana satu pilihan kalbu |
 |
| Yang ini pun cantik jugak |
 |
| Masing-masing bersama paper bag yang berisi Playnomore nya. |
 |
| Bandar Myeong Dong |
Day 5 : Nami Island
Bagi peminat cerita Winter Sonata, pasti kenal sangat-sangat dengan Nami Island ni. Winter Sonata merupakan kisah cinta penuh tragis diantara Jun Sang dan Yoo Jin.. Kebanyakan scene dalam cerita tu di adakan di sini.. Dan disebabkan cerita tu lah, Nami Island jadi popular dan menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Korea. Patung serta poster hero dan heroin citer tu pun ada kat sini.
Dan memang tak dinafikan tempat ni memang cantik. Memang banyak port untuk amik gambar cantik-cantik. Cumanya time kami sampai di Nami tu tiada snow... Jadi tak de la terasa mood Winter Sonatanya sangat...
Day 6 : Lotte World Adventure - Hard Rock Cafe Seoul
Hari seterusnya kami ke Lotte World Adventure. Ianya merupakan taman tema indoor yang terbesar di Korea. Kat sini lebih kepada menggembirakan anak-anak lah.. Diaorg suka lah naik segala jenis ride yang ada. Bukannya tau takut, kita yang tengok pulak terlebih seram.. eheheheh
Seperti biasa, orang kapal dan Hard Rock Cafe memang tak dapat dipisahkan. Hard Rock Cafe Seoul terletak dalam bangunan bersebelahan dengan bangunan yang ada Lotte World Adventure tu.. So sebelum masuk ke Lotte World, sempat la lari ke Hard Rock sekejap. Sempat jugak lah menyopping diri sehelai dua t-shirt Hard Rock...
 |
| Anak-anak dara yang sedang meningkat remaja.. |
Day 7 : Seoul to Jeju - Halla Mount Jeju
Dah puas hampir seminggu di Seoul, kami terbang ke Jeju pulak.. Ini gara-gara terpengaruh dengan drama Korea lah.. Terus pasang angan-angan nak gi Jeju.. Nak tengok sendiri keindahan alam semula jadi di Jeju.. Dan terbukti lah, Pulau Jeju memang sangat-sangat cantik.. Keindahan alam semulajadinya masih lagi terpelihara. Rasa tenang, rasa damai, rasa segar.. Sayup mata memandang kecantikan bumi ciptaan Allah ni.. Sampaikan lalang-lalangnya pun rasa cantik bila amik gambar..
Dari Seoul kami menaiki Jeju Air ke Pulau Jeju. Tak sampai sejam dah sampai.. Budak-budak ni cakap sekejapnya Mummy.
 |
From Seoul to Jeju Island with Jeju Air
|
 |
| Anak dara sunti |
 |
| Ensem boy yang sentiasa control macho |
 |
| Si cheeky Rayqal |
 |
| Mummy dan Ayah yang tak jemu-jemu bergambar |
 |
| Semua kanak-kanak ribena kecuali Ikhlas. |
Dari airport, kami terus ke Halla Mount. Kawasan pergunungan yang amat indah. Memang terpegun, terkagum, terdiam, terpesona dengan kecantikan dan keindahan pemandangan di sini. Mak-mak sibuk lah berposing sana sini, anak-anak bukan heran nak bergambar pun, mereka lebih teruja nak main perang salji... Abis baju basah kene baling dengan salji..
 |
Di ketinggian 1100 dari paras laut.
Sejukkkkk |
 |
| Family photo |
Dah puas bermain salji, perut pun lapar. Malam ni kami makan ikan asam pedas.. Memang la tak sama dengan asam pedas muar, tapi sedap jugak. Ikannya fresh.
Day 8 : Cheonjiyeon Waterfall - Joanne Bear Museum - Songaksan Mountain - Jusangjeolli Cliff
Hari berikutnya kami mulakan dengan melawat Cheonjiyeon Waterfall. Cantik dan tinggi air terjunnya.. Ketinggian air terjun tu dalam 22m gitu. Tapi tak boleh terjun dalam air terjun tu ye... Laluan nak sampai ke air terjun tu pun cantik.. Penuh dengan pokok-pokok hijau dan daun daun kering berguguran.
 |
| Inilah ahli rombongan kami |
 |
| Love the background.. Ada rainbow lagi.. |
 |
| Sesekali berposing ala model of the year |
 |
| Us |
 |
| Us |
 |
| Jangan terjun dalam kolam ni ye anak-anak. |
Lepas tengok air terjun, kami ke Teddy Bear Museum pulak.. Ya ampunnn.. comel-comelnya semua teddy bear kat sini.. Gerammmm sungguh...
 |
| Sesi makan aiskrim beramai-ramai. |
Dari teddy bear museum, beralih pula ke Jusangjeolli Cliff. Jusangjeoli terbentuk daripada lava gunung berapi dari Halla Mount yang mengalir ke laut Jungmun. Kalau diperhatikan betul-betul, batu-batu disekitar Jusangjeolli ni berbentuk silinder dan hexagon. Memang unik dan lain dari yang lain.
 |
Perhatikan batu-batu kat belakang tu
Ianya berbentuk silinder dan hexagon |
 |
| Apa yang direnungkan tu... |
 |
| Perhatikan juga batu batuan di belakang tu. |
Tempat terakhir yang kami lawati pada hari ini adalah Songaksan Mountain. Tempat ni cantik kalau nak tengok sunset.. Tapi dah tak larat dah nak menapak jejauh.. So amik gambar kat bawah tu je la..
Day 9 : Seongsan Illchulbong - Sangumburi -Jeju to Busan
Hari terakhir di Jeju Island kami ke Seongsan Ilchubong, juga dikenali sebagai Sunrise Peak. Ianya merupakan peninggalan daripada sisa lava gunung berapi juga. Nak tengok view yang cantik, kenalah memanjat hingga ke puncak. Tapi laluan nya memang sangat ok.. Tak de nya nak masuk hutan rimba semak samun. Laluannya dipelihara dan diselenggara dengan baik.. Alang-alang dah sampai sini, rugi lah pulak kalau tak memanjat kan.. Yang buat lebih mencabar bilamana Rayqal tak nak jalan sendiri sebab katanya dah penat. Terpaksa la Ayah dan Mummy bergilir gilir mendukung. Sampai kat tengah tu dah macam nak surrender sebab penat wooo.. Tapi si kakak ngan abang la yang beria kata skit lagi mummy, skit lagi mummy.. Terpaksa juga teruskan.. Dan bila sampai ke puncak, memang puas hati sangat-sangat.. Tak dapat nak gambarkan macam mana kepuasannya tu... Memang sangat-sangat cantik...
 |
| New 7 wonders of nature |
 |
| Bukit kat belakang tu la yang kami daki. |
 |
| Melangkah dengan penuh yakin. |
 |
| Baru suku je perjalanan ni |
 |
| 208 m atas paras laut |
 |
| Berehat sebentar |
 |
| Sayup je nampak kat bawah tu |
 |
| Sesejuk mata memandang |
 |
Anak-anak yang kegembiraan berjaya sampai ke puncak
Well done !!! |
 |
| Yeah... we did it!!! |
 |
| Angin sepoi-sepoi bahasa pun bertiup |
 |
| Peluk kuat-kuat skit bang |
 |
| Fuhhhhhh |
 |
View di laluan turun.
Bila turun akan lalu jalan lain.. Tu yang syok.. Nampak view lain pulak.
Kat bawah tu ada sorang perempuan tua yang diaorg panggil mermaid,
sebab dia sangat expert dlm bab selam-menyelam |
 |
| Indahnya bumi ciptaan Allah. |
Destinasi terakhir sebelum terbang ke Busan ialah Sangumburi. Ianya seperti satu tanam yang dijaga rapi dan dipenuhi oleh pokok-pokok dan lalang-lalang yang sangat cantik. Dalam lalang pun sibuk nak amik gambar tau.. hahahahah....
 |
| Buai laju-laju |
 |
| Beri bahumu untukku bersandar |
 |
| Ku cintamu selamanya |
 |
| Kan dah kata, kat lalang pun cantik ha gambarnya |
 |
| Pimpin tangan ku dan usah dibiar aku jatuh. |
Dah puas bercengkerama di puncak bukit dan di dalam lalang, tibalah masanya untuk kami berangkat ke airport.. Dari Jeju kami tak balik ke Seoul, tapi kami meneruskan perjalanan ke Busan pulak..
 |
| Bye-bye Jeju |
 |
Bandar Busan dilimpahi cahaya.
Bandar kedua tersibuk selepas seoul |
Day 10 : Haundae Beach - Busan Sea Life Aquarium - Shinsagae Mall
Hari pertama di Busan kami jalan-jalan di sekitar pandai popularnya, Haundae Beach.. Sekangkang kera je dari Guesthouse. Pantainya mungkin menjadi tarikan pelancong sebab terletak ditengah tengah kesibukan kotaraya.
 |
| Merenung ke lautan biru.... |
 |
| Anak-anak yang terlebih seronok main pasir pantai. |
 |
| Nak try buat snowman ke tu? |
 |
Mereka sebaya
Mereka sekelas
tapi kenapa mereka seperti kakak dan adik???
ehehehehehe |
Berdekatan dengan Haundae Beach tu ada Busan Sealife Aquarium.. Anak-anak pun sibuklah nak tengok ikan-ikan yang ada dalam ni... Biasa-biasa je la.. Tak sehebat Aquaria KLCC mahupun Sea Aquarium Sentosa Island.
 |
| Beria berposing |
 |
| Busan Sea Life Aquarium |
 |
| Oppa gangnam style |
 |
| Ikan Rayqal yang ditinggalkan di Sea Life Aquarium |
Puas tengok ikan-ikan di Busan Sea Aquarium, kami bergerak ke Shinsagae Mall pulak.. Mall terbesar di sini. Macam-macam ada. Disebabkan anak-anak tak puas ber'ski' aritu, sambung pulak ber'ice-skating disini.
 |
| Centum City Station |
 |
Permandangan malam bandar Busan dari tingkat atas Shinsagae Mall. Penuh warna warni dipenuhi cahaya lampu yang terang benderang. |
 |
| Malam Krismas di sekitar Haundae Beach |
 |
| Love u eternity |
Day 11 : Busan City Tour Bus - Haundae Beach - Hard Rock Cafe Busan
Hari ke sebelas di Korea kami pusing-pusing bandar Busan pula. Syok jugak naik bas dua tingkat ni. Feeling tourist gitu. Tapi sejuknya boleh tahan.. Menggigil jugak la..
Dah puas pusing Busan, last pit stop kami ialah di Haundae Beach.. Maka bercerekarama la sekali lagi di tepi pantai.. ehehhee.. Anak-anak dah sibuk berlari kesana-sini, tinggal la mak-mak yang berangan tak sudah.. Feefeling macam baru kawen gitu... Ecehhhwahh...
Disebabkan dah tak tahan kesejukan, masing-masing mula lah merengek nak balik bilik.. Walking distance je dr Haundae Beach ni... Sampai bilik, mandi, makan dan tidokan anak-anak sebab esok seawal subuh dah nak kene gerak ke airport.. Dan dalam masa yang sama, mummy dan ayah ada plan lain kenapa suruh anak-anak tidur awal.. eehehe...
Bila anak-anak dah selamat tido, Mummy, Ayah, Auntie Dila dan Uncle Fuad pun cecepat siap dan keluar merayap menikmati kemeriahan suasana malam krismas di Busan.. Dan sempat jugak singgah Hard Rock Cafe Busan yang sekangkang kera je dari guesthouse kami... Bila lagi nak berdating-dating ni kan...
 |
| Hard Rock Cafe Busan |
 |
| Supper |
 |
| Double date |
Day 12 : Busan - KLIA2
Akhirnya percutian kami sampai ke penghujungnya jugak.. Tibalah masa untuk kami pulang meninggalkan bumi K-pop ini... Bye-bye Korea.. Terima kasih atas semua pengalaman dan memori indah yang telah tercipta disini... Ada rezeki kami sampai lagi... Insyaallah...
Tamatlah percutian untuk tahun 2015... Mari plan untuk percutian 2016 pula... Kemana kita ye???
0 comments:
Post a Comment