Tuesday, December 30, 2014

Jepun laa pulak :p

Peluang keemasan sekali lagi datang tanpa diduga.. Ayah dapat panggilan dari opis untuk naik kapal menggantikan Capt Julian secepat mungkin. Capt Julian dah due untuk balik apatah lagi nak sambut Krismas. Dan, opis suruh sign on di Jepun. Kapal masuk port Sodegaura. Ayah pun terus tanya opis samada boleh tak nak bawak anak dan isteri untuk sign on sekali. Disebabkan sign on emergency, opis kata susah skit lah prosesnya kalau nak bawak anak-anak. Tapi kalau nak bawak wife, mmg tak de masalah.

Kuala Lumpur - Narita

Welcome to Japan
Maka sekali lagi kami berhoneymoon di taja MISC.. ehehehe... Terima kasih MISC.. Seperti biasa flight ke Jepun memang awal sehari supaya dapat la rehat sehari sebelum naik kapal. Flight kami ke Jepun pada 15 Dec 2014, jam 11.35 malam. Touch down di Narita Airport lebih kurang kul 7 pagi. Agent dah tunggu dan bawak kami ke hotel di Chiba. Sampai hotel dedekat kul 9 pagi, masa nak check in tu terpandang la iklan pasal shuttle bus ke Disneyland Tokyo. Teruslah tanya kat receptionist pasal bus tu.. Orang jepun mmg kurang skit nak berbahasa Inggeris.. Jadilah sorang cakap ayam, sorang cakap itik. eheheh.. Nasib agent ada tolong kami. So kul 9.30 kami naik bas ke Disneyland. Bas utk 45 org tp penumpangnya hanya kami berdua.












Christmast Parade

Kami abiskan masa seharian dalam Disneyland. Memang puas main semua ride yang ada. Berpusing-pusing kepala ni.. Terhuyung hayang rasanya bila berjalan turun dari ride ride yg rata-ratanya agak extreme.. Bas datang jemput kami jam 10.30 malam. Sampai-sampai hotel, receptionist panggil dan bagitau yang kapal tak dapat masuk port esok hari kerana masalah cuaca teruk. So, kami akan stay hotel lagi sehari.. Wahhh... ini sudah bagus kan...

So, hari kedua di Jepun, kami berjalan ke Okinawa dan Euno pulak.. Merasalah pengalaman naik turun train di Jepun. Memang teknologi diaorg teramat maju berbanding kita. Dan yang paling penting, attitude rakyat Jepun yang sangat berdisplin. Sentiasa beratur menunggu train. Sempat la shoping sikit utk anak-anak yang ditinggalkan. Beli jugak winter boot yang agak murah disini berbanding Malaysia. Dalam nak tak nak tu, empat pasang jugak boot dibelinya. Masaklah nak mengangkut barang balik Malaysia sengsorang nanti..


Ueno Station

Ada seat kosong pun sanggup berdiri semata-mata nak amik gambar.

Mari cuba winter boot
Bandar Akihabara




Ni je la yang boleh dimakan - Tempura

Hero idaman hati


Deretan kedai di Ueno

Hard Rock Cafe Ueno


Sampai-sampai hotel pada sebelah makan dan sekali lagi diberitahu bahawa kapal masih tak dapat masuk port keesokkan harinya. Tak tau nak rasa apa dah. Tekak dah agak kembang sebab hari-hari makan tepayaki je ni. Rindu nasi dan lauk pauk masakan Malaysia la pulak. 

Hari ketiga di Jepun, mulanya tak tau nak ke Disneysea or nak berjalan-jalan ke Yokohama. Last-last Mummy kata kita ke Yokohama je la. Disneysea tu nanti-nanti kita pergi bawak anak-anak tentu lagi seronok. So, kami berjalan mencuci mata melihat keindahan bandar Yokohama je la pada hari ketiga.


Yokohama

Nice view



Jom jalan-jalan di Yokohama



Hard Rock Yokohama

Hard Rock Yokohama

Model sambilan

Sorang lagi model sambilan


Pose lain pulak

Terpacak pulak rambut tu di tiup angin sepoi sepoi bahasa.

Suasana malam

Penuh warna warni

Nikmat sungguh makan kebab ni setelah berhari hari makan tempura.

Singgah lagi ke Hard Rock Euno

Sampai hotel pada sebelah malam. Akhirnya kami diberitahu bahawa pada jam 9 pagi esok, agent akan datang jemput kami untuk dibawa ke kapal. 

Maka sign on la kami di Puteri Delima pada 19 Dec 2014 dengan selamatnya. Dan kapal pun memulakan pelayarannya ke Bintulu pada 20 Dec 2014. Masa untuk menghabiskan masa berdua-duaan di atas kapal lah pulak.. Asyik berkepit je berdua.. Alangkah indahnya perasaan saat itu.. Walaupun jauh disudut hati, perasaan rindu pada anak-anak tetap ada. Moga mereka baik baik saja di Muar. Kapal sampai di Bintulu pada 26 Dec 2014 dan flight balik ke KLIA pada 27 Dec 2014. Tinggallah Ayah, Tinggallah Sayang... Sayunya hati melambai pergi meninggalkan kapal, meninggalkan cinta hati yang perlu terus bekerja demi mencari rezeki yang halal. Moga Ayah dapat bekerja dengan baik dan semoga pelayaran kapal dibawah pengemudian Ayah terus dilindungi oleh Tuhan. Aminnn....









3 comments:

Unknown said...

Salam ziarah.. bestnye ena... dh lama mengikuti story ena tp just silent reader shj. Seronok dpt baca pengalaman org.. Singgah2 la kt blog baru yan...http://yanishak.blogspot.com/

Ena Mazly said...

Salam Yan,

Terima kasih sebab masih setia mengikuti blog ena walaupun ada masanya ena jarang jarang update..

insya allah, nnt ena singgah dan baca blog yan ye..

:)

DiNaZ said...

salam kak... dinaz selalu mengikuti blog akak...dh lama gak akak x update n3 baru...paling suka ke jepun nie...betuahnya kalau sy dpt kesana....n one thing kak baju akak g yokohama tu sangat2 cantik laa...dh mcm iklan lak ay tgk...tp serius akak cantik pakai baju tu...comel je kak...insyaAllah ada kelapangan sy terjah blog akak ye...dulu malu nak comment just jd silent reader now...boleh la nk comment sesikit huhuhu....syoknya g jepon kn kak.....

Post a Comment