Khamis lepas, tiba tiba mummy menyedari ada bendasing dalam telinga Bethrisya. Bila ditanya apa yang dimasukkan ke telinga, dia jawap tak tau.. Terus lah Ayah hantar ke klinik. Di klinik pakar kanak kanak Dr Choo di Muar, Dr Choo gagal mengeluarkan bendasing tu. Pada mulanya doktor menjangkakan ianya putik kapas, tapi jangkaan itu meleset. Doktor cadangkan supaya pergi berjumpa pakar ENT.
Ayah tak puas hati, so kami pergi jugak ke Mahkota Medical Centre Melaka. Memandangkan hari dah malam, kami hanya dapat berjumpa dgn doktor on call.. Doktor tersebut juga gagal untuk mengeluarkan bendasing tersebut.. Dan ketika itu, Bethrisya telah mula menangis kerana sakit.. Bayangkan, dua orang doktor cuba mengorek telinga dia untuk mengeluarkan bendasing tersebut tapi gagal.. Akibatnya bendasing tersebut, telah masuk semakin dalam... Doktor terus menetapkan temujanji dgn pakar ENT pada keesokan paginya.
So, pagi jumaat tu, sekali lagi kami ke Mahkota Medical untuk berjumpa Dr Venu, Pakar ENT. Memandangkan ini doktor ketiga yang cuba mengorek telinganya, Bethrisya jadi seperti trauma.. Dia langsung tak nak bg Dr Venu tengok telinga dia.. Melalak sekuat hati.. Seluruh tingkat 4 tu rasanya bole dengar suara dia.. Bila Dr Venu suruh baring untuk dia letak ubat utk vacuum bendasing tu, lagilah kuat dia melalak sambil meronta ronta.. Akhirnya, Dr Venu kata, tak perlulah paksa dia.. Dia cadangkan untuk masuk OT supaya boleh dibius utk mengeluarkan bendasing tersebut.. Kami bersetuju kerana itulah yang terbaik.
Nurse terus melakukan segala prosedur utk masuk ward. So berehatlah kami di ward sementara menunggu OT available. Mmg kesian sgt tgk Bethrisya time tu, dia kene puasa sebelum dibius.. Asyik merengek mintak susu, minta air, mintak makan...
"Tekak kakak ni macam rasa nak minum air lah Mummy...."
"Perut kakak ni lapar lah Mummy.."
" Sikit je Mummy, Sikit je kakak nak minum "...
Rasa luruh jantung ni dgr dia merengek.. Tp terpaksa jugak pujuk supaya dia bersabar.. Kalau dia makan, lagi lambat lah masuk OT..
Akhirnya pada jam 3.30, nurse datang bersama kerusi roda.. Dia suruh salin kan Bethrisya dgn baju hospital.. Then Bethrisya di tolak ke OT.. Mummy pun ikut sekali.. Dan mummy pun kene salin baju hospital gak...
![]() |
| Bersedia untuk ditolak masuk ke OT |
Bila berada di OT, kita yang besar ni pun takut bila tgk bermacam org kat dalam tu, apatahlagi budak sekecil 5 tahun.. Terasa erat genggaman tangan dia kerana takut... Mummy hantar dia sampai ke atas katil OT, bila dia dah selamat tidur setelah dibius, Mummy kene keluar dan tunggu diluar... Kecutnya perut time tu... Mulut tak henti berzikir dan baca apa jua ayat yang terlintas di kepala.. Rasa nak nangis pun ada gak time tu.. Kesian Bethrisya...
Bila nampak je Bethrisya di tolak keluar dr OT, senangnya rasa dalam hati.. Alhamdulillah... Dr Venu tunjukkan bendasing tersebut, ianya adalah serpihan pemadam.. Agak besar gak.. Dr Venu kata, ianya memang dah berhampiran gegendang dan ianya mmg sangat sakit.. Kalau terlanggar sedikit pun, sakitnya teramat sangat.. Sebab tu dia menangis bila Dr cuba nak pegang telinga tu...
![]() |
| Berehat setelah keluar dari OT. |
" Kak cha tak tau lah Mummy, Kak Cha tak perasan.. Kak Cha tak masukkan, dia masuk sendiri...Betul Mummy, kak cha tak tipu ".......
Kukuh tak alasan tu?... Ehehehhe.... Kepala otak mmg bergeliga mencari alasan supaya Mummy dan Ayah tak membebelkan dia...
![]() |
| Kembali tersenyum.. |
Apapun, syukur alhamdulillah kerana semuanya selamat.. Terima kasih kepada Dr Venu.. Terima kasih jugak kepada MISC kerana ada ING....ehehhehe...
![]() |
| Inilah pemadam yang dikeluarkan dari telinga Bethrisya. |











9 comments:
ahai,besarnya pemadam tu.. cian kat bethrisya.
tp syukur alhamdulillah dapat dikeluarkan..
legalah hati kan tengok anak dah boleh senyum..:)
besornye pemadam... alhamdulillah everything went fine..
Alahai ank...beso tu pemadam nyer. Sib baik sume da ok :)
besarnya pemadam tu...alhamdulillah dah ok...kuar gak pemadam tu...sian betrisya...takpe...betrisya strong....nasib baik ada ayah leh peluk2...
tebal gak ek, sy bayangkan kecik dan nipis... ishh.. bahaya betul, nasib baik ena cepat perasan.. syukurlah tak ade ape2... hai.. anak anak...
siannya betrisya...besar jgk kak pmdm tu..Alhamdulillah dah kuar..sgt berguna kan kak bila ada insuran ni..tambah2 ING..hehe..
sampai skng akak xtau ke cana menda tu leh masuk tinga dia?
ish tu la kan...
masa afdhal dulu dia masukkan dalam hidung.. kena kat sekolah... benda cam manik ... yang empat segi kadang2 budak buat gelang tu...sib baik tak dalam.. doktor leh keluarkan... eee takut...
Ya Allah besonye pemadam tu... mesti dia sakit sgt2... cian betrisya. Alhamdulillah dpt kuarkan..
Post a Comment