

Atas permintaan ramai, inilah resepi mee keju yang jadi favourite mummy terutama kalau ada orang nak dtg rumah.. Sebab mmg sangat senang n cepat nak memasaknya..
Bahan-bahan,
1. Untuk mee.
Gunakan spagetti. Kalau guna mee kuning kurang sedap dan tak de kick.
2. Untuk kuah.
Bawang besar - diblender
Cili kering - diblender
Sos Tomato - satu botol besar
Daging lembu - satu kilo dan dipotong dadu. potong comel2 tau.
Telur burung puyoh - direbus terlebih dahulu
Baked bean - 1 tin kecil pun dah cukup.. Ianya hanya utk memekatkan kuah.. Jangan beli red bean yg utk ais batu kacang tu, nanti tak hancur pulak kacang tu.
Cheese Cheddar - 1 buku
Carrot - dipotong dadu
Bunga kobis - dipotong kecik2
Baby Corn - dipotong kecik2.
Cara-cara nak memasak kuah mee keju.
1. Rebus daging. Setelah empuk ketepikan daging tersebut. Air rebusan jangan dibuang ye.
2. Tumis bawang dan lada sehingga garing.
3. Masukkan sos tomato.
4. Masukkan baked bean.
5. Masukkan sayur2.
6. Masukkan air rebusan daging.
7. Masukkan daging.
8. Masukkan telur burung puyuh.
9. Gaul bagi sebati.
10. Sagat cheese cheddar. kene selalu kacau kuah tu tau.. takut2 cheese tu berkumpul di satu tempat jerk.
* LUPA PULAK, JANGAN LUPA UNTUK TAMBAH GARAM SESEDAP RASA YE KENGKAWAN...
11. Biarkan kuah mendidih sekejap.
12. Tutup air dan siaplah kuah mee keju... Sedia untuk dimakan bersama spagetti yang telah dicelur.





10 comments:
ni resipi utk rapa org makan nih?
nak try jugak la.. cam best je..
tgk bahan2 macam sedap. nak tryla satu hari nanti.. :)
Izan,
Tak tau lah nak cakap utk berapa org punya makan.. ehehhee... Akak bukan pandai nak budget2 ni...
------------------------------------
Kak Mas,
Cubalah kak... manalah tau si kecik dlm perut tu nak rasa...
Wah!!Sodapnye...leh curik resepi nih..hehe
hohoho...Ena dah tepek recipenye, weekend nie bole try! thanx laling...:*
menyelerakan. nyums!
ENA,Shima amik resepi ena aritu tau..hehe..dah cuba pun...wow mmg sodap lah....terasa manis,masam,lemak sbb ada cheese....pekat plak tu..huhu...thanksssss ye Ena.shima mmg suka masak...
nanti letak resepi lg k.
Ilah,
Try lah buat, nnt leh bg hana makan.. bebudak suka coz ianyanya tak pedas sgt... rayyan n bethrisya mmg suka mee keju ni...
...................................
Kak Yus,
No prob kak... Sharing is scaring..
...................................
Safiyya,
Memang sangat sedap dik.. ^______^
..................................
S-H-I-M-A,
Wah, dah cuba ek... cepat betul... ehehhe... sedap kan... bebudak sure akan suka... kalau rasa2 kuahnya sgt pekat, boleh lah tambah air sikit...
salam akak
just drop by from cikgu ida
wah,ni 2nd time sy lawat.
dan mahu mencuba.sungguh enak.
=D
kak ena...... laparnye tgk mee ni...huhuhu
Post a Comment