Monday, September 28, 2009

Satu Pagi di Hari Raya

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

....................................................................................................

Sesungguhnya satu syawal yang lalu teramat indah untuk dikenang..Bermaaf-maafan, melupakan yang keruh, serta menyucikan diri, semoga ianya menjadikan kita manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di bumi Allah ni, maaf dipinta sekiranya ada keterlanjuran yang dilakukan tanpa sedar..

Raya tahun ni bertambah meriah dengan adanya En Capt kesayangan kami... So aktiviti kami memang penuh.. Berjalan kesana kemari, melayan tetamu yang datang tanpa putus di siang hari. Dan bermain bunga api@mercun dimalam hari. Tersangat seronok mengalahkan kanak-kanak kecil. Kami amat beruntung kerana kami berasal dari kampung yang sama.. Tak perlu berebut untuk pulang ke kampung mana terlebih dahulu.. Malam raya bersama keluarga mertua, pagi raya selepas solat Aidilfitri, berada dirumah keluarga sendiri pula.. Petangnya pulang semula ke rumah mertua... Seronokkan... ^____________^...

Hubby's family members

Bethrisya and Rayyan with my Mum n Dad

Cousins

Cousins

Our happy family

Mintak ampun, mintak maaf ye sayang... Mummy pun dapat duit raya!!!!!

Love u

Beautiful Bethrisya

Ensem Boy Rayyan

4 comments:

Shima said...

Betul..betul...ehehehe...mmg best kahwin ngan org kg ni. dlm satu hari kita boleh balik dua2 rumah byk2 kali...hehehehe

Marsha~ said...

betul tu... kawin org senegri adelah best... duduk kat melaka, kampung kat johor.. kebetulan.. hehehe..

Ena Mazly said...

Kak Shima,

Bole lari-lari je kan kak...

....................................

Marsha,

Kalau orang lain, sure masam masam muka bila tak dapat balik kg sendiri kan... kita rileksss jerkk....

w|cKa` said...

saya yg jauh xgaduh berebut nak beraya mana.. tp kak saya yg dok dekat2 yg berebut nak beraya umah mak masing2.. last2 hubby dia balik umah mak dia, kakak saya balik umah mak saya.. haha

Post a Comment