“Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (tanaman). Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jua kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk". (surah Al-Baqarah : ayat 155 - 157)
Minggu lepas merupakan satu minggu yang penuh dugaan buat keluarga kami.. Abah yang sentiasa nampak sihat secara luarannya, rupanya menanggung sakit yang tak pernah kami sangka.
20 Julai 2009, Isnin
Abah dan mak bersama Abang Man bertolak ke Kuala Lumpur setelah abah bersetuju menjalani pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara.
21 Julai 2009, Selasa
Abah menjalani pemeriksaan jantung di IJN. Doktor menyarankan supaya abah menjalani ujian Coronary Angiography. So abah perlu masuk ward on 22 Julai 2009. Memula masa Kak Molly, my sister in law yang jugak merupakan seorang doktor, call bgtau keadaan abah at about 5.30 pm, I okay lagi... Tapi bila abah sendiri call bgtau yg dia kene duduk wad.. kene buat itu ini... dan dia sebenarnya sangat takut.. Terus rasa tak sedap hati dan terus decide mintak emergency leave for tomorrow dan kelam kabut kemas baju, terus ke Melaka amik Kak Ana ( wife abang man) dan anak-anak dia dan terus meluncur laju ke rumah Kak Molly.. Sampai KL dalam kul 11 lebih.. Abah pun terkejut tengok tetiba kitaorg sampai.
22 Julai 2009, Rabu
Pukul 8 pagi keluar rumah untuk ke IJN.. Bethrisya n Rayyan pun ikut sekali coz tak bwk maid so diaorg kene ikutlah mana mummy pergi.. Abah ditempatkan di Day Care Ward.. Sibuk nak jumpa cucu-cucu dia, tapi mmg hampa coz kanak2 dibawah 12 tahun tak dibenarkan naik ke wad.. Pasrah je lah.. Cucu-cucu semua berkampung lah di bawah sahaja.. I pun terpaksa bergilir2... Sekejap jaga bebudak kat bawah, then bila my sister turun, dia pulak tolong jaga budak2 dan dapatlah I naik tengok abah. Sepatutnya abah buat Angiography tu pukul 2 tapi biasalah, hospital kerajaan kan... tup tap tup tap, last2 pukul 7 baru dia dapat buat angiography tu... Keluar dari OT dalam kul 8 lebih... Abah dah membebel2, dia kata tak yah lah buat semua ni, menyusahkan jer... Kalau nak mati, mati je lah... Aduh hancur luluh rasa hati... Memang dapat rasakan perasaan dia.. Mungkin dia rasa tersiksa dengan semua prosedur2 yang melecehkan tu.. Syian abah...
Keputusan dari Angiograph juga amat memeranjatkan semua orang ... Terutama sekali Kak Molly. Dia mmg tak sangka sangat2 yang keadaan Abah sebenarnya amat teruk.. Banyak salur darah dia dah tersumbat.. Sekarang ni dia hanya bergantung pada SATU salur darah sahaja yang mengepam oksigen utk seluruh badan dia... Hidup dia sekarang ni umpama time bomb.. Bila-bila masa sahaja, nyawanya bole berhenti... Doktor terangkan lah apa yang sepatutnya kami buat... Dia suggest utk clearkan salur darah yang tersumbat kat bahagian leher dahulu sebelum buat by pass... Tapi yang bahagian leher tu risiko utk dapat stroke/lumpuh amat tinggi.. Abah pun kata dia takut utk buat yang kat leher tu, kalau by pass dia bole terima lagi..
Ya Allah, berikan lah kami kekuatan menghadapi semua ini.
Disebabkan Khamis tu sekolah, nak tak nak, mlm tu terpaksa jugak balik ke Muar. Bertolak dari KL pukul 10 mlm. Sampai Melaka utk hantar Kak Ana dan anak2 dalam kul 12 lebih.. Disebabkan takut dan tak confident utk drive balik Muar sendirian dgn bethrisya n Rayyan je, so we decide utk bermalam di Melaka je...
23 Julai 2009, Khamis
Bertolak balik Muar dari Melaka pada jam 5.45 pagi.. Hantar budak2 balik rumah + bersiap ke sekolah... Kat sekolah pun sebenarnya tak bole nak concentrate.. Badan je ada kat sini, tp hati dah melayang jauh ingatkan abah... Last2 kul 11 lebih tu, cabut balik rumah, kemas baju, then terus ke KL semula....
24 Julai 2009, Jumaat
Kami adik beradik, cuba untuk dapatkan second opinion dari dr pakar jantung di Ampang Puteri.. Setelah berdiscuss dan mendengar penerangan yang panjang lebar dari Dr Samani, rasanya kami dah faham dan lebih jelas dengan keadaan abah. Dr Samani juga kata tak perlu melakukan pembedahan di bahagian leher tu, dia kata terus buat by pass sahaja... Dan peluang utk berjaya adalah 95% .. Ini amat menggembirakan kami..
Abah discarge dari IJN pada jam 6 petang.. Itupun dia dah membebel coz proses nak discarge pun mengambil masa yang amat lama... Dari kul 2 lagi dia dah siap packing baju utk balik rumah.. Hakikatnya dia mmg tak suka dan tak gembira di IJN..
25 Julai 2009, Sabtu
Bawak abah ke Ampang Puteri untuk jumpa Dr Samani... Dr explain kat abah dan kami semua ttg keadaan sebenar abah. Dan abah dengan yakinnya menjawap yang dia setuju buat bypass di Ampang Puteri. Khamis 30 Julai dia akan admitted di wad dan operation bypass akan dilakukan pada 31 Julai 2009 dari jam 10pagi sehingga 3 ptg.
Yup, it's a bit costly.. Jangkaan awal mungkin dalam RM30 000 ++.. Tapi duit itu hanyalah angka.. Kami mahukan yang terbaik buat Abah.. Kami mahukan dia selesa.. Kami semua sayang Abah.. Angka tersebut tak akan dapat menandingi semua jasa Abah membesarkan kami..
26 Julai 2009, Ahad
Balik Muar coz Monday sekolah... Abah berehat di rumah kak Molly sementara menunggu hari Khamis.
27 Julai 2009, Isnin
Pergi ke sekolah seperti biasa. Dapat call dari Kak Molly yang abah mengadu sakit dada pukul 4 pagi tadi.. KakMolly call Dr Samani utk minta pendapat beliau.. Dr Samani cadangkan untuk hantar abah ke hospital dan lakukan bypass secepat mungkin.. Abah enggan pada mulanya.. Dia kata dia nak buat hari Jumaat gak.. Setelah dipujuk,akhirnya Abah setuju... Sekarang ni Abah dah didalam wad Premier 13, Tingkat 4, Ampang Puteri.. Insyaallah, pagi esok dia akan menjalani pembedahan by pass.. I will also go to KL tomorrow morning...
YA Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah penyakit itu. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit, yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanmu. Dengan kesembuhan yang tiada ditembus penyakit lagi.





18 comments:
Ena, harap2 abah Ena ok ye. Semoga Ena sekeluarga tabah ye. Akak doakan semuanya selamat.
Terima kasih kak Shima...
salam~
sabar ea kakEna..coz sumer ni dugaan dr Yg Maha Kuasa utk kita..
Hope KakEna n family tabah k.. deqna pon doakan agar ayahanda kakEna n family sumer sihat..
insyaallah..=)
Kak Ena,
InsyaAllah semuanya akan ok..
betul ckp kat Ena , duit hanya lah angka..
sabar ye kak..
kami sume doakan abah kak ena sihat kembali..semoga semua berjalan lancar..sabar byk2 eh!
byk2kan bersabar kak..
kami sumer doakan smoga abh akak kmbali sihat mcm biasa..
amenn~
saya jugak doakan semoga semuanya bejalan lancar.. insyaAllah..
Mesti berat sangat bagi akak, dugaan datang pada orang yang terdekat dan tersayang.
Kuatkan hati dengan doa kak..
InshaAllah sume berjalan lancar.
Akak pun jaga diri jugak ke hulu ke hilir tu.. nanti sakit pulak sape nak jage Chica ngan Rayyan.. hee.
akak bnyak2 kan bersabar dan berdoa k..insyaALLAH sumenye akan berjalan dgn lancar dan abah kak ena akan sihat kembali..
Salam Kak Ena,
Lama tak dengar cite...
Berdoa moga2 semua ok yer...
Take care of yourself juga k...
Kak Ena,
Saya doakan semuanya berjalan lancar
Insyaallah semuanya akan baik-baik aja.
Amin..
Moga2 smua selamat..insyallah..
k.Ena..
do hope ur abah will get well soon..
insya Allah, abah akk akan kembali pulih seperti sediakala..
amin~
*c u next week okeyh*
hanin doakan semuanya selamat untuk akak and family akak...amin
hanin tau akak risau...but do take care of your health..
see you next week...
akk, no wonder akk snyp slme nih.....semoga akk ttp tbh...insyaAllah semua ok...
k.ena..sabar yer..semuanya akan selamat..ety doakan ayah k.ena akan sihat selalu...
sabar ye k.ena..be strong.
k.ena, ptt la senyap jek.....arap abah k.ena selamat menjalani bypass tu. n cepat sembuh ye. sy doakan dari sini.
Post a Comment