Tempat pertemuan anda dan suami untuk pertama kalinya
Dulu masa kecik2 mmg biasa jumpa dia coz kami ni bersaudara. Tapi lebih rapat dgn abang dia coz dia duduk asrama from form 1. So yang selalu ada kat rumah adalah abang dia, Syukor. Bila family decide utk jodohkaan kami, terus tertanya2 macam mana ek muka dia.. Mmg dah tak ingat langsung.. Then takdir tuhan, ayah dia meninggal masa kedua2 family sibuk nak mempadukkan kami berdua, so time gi kenduri arwah tu lah nampak muka dia, tapi tak bercakap pun.. cuma dipaksa utk salam dia oleh mak dan kakak dia.. Muka dia mmg muka terkejut... ehehhehe...Tapi lepas tu dia gi Jepun, so, tak bercontact pun...Kami mula bercontact masa bulan ramadhan di mana ena menghantar email wish dia happy birthday... Lepas tu lah dia start calling2... Dan bebtul jumpa dia masa gi jemput dia kat KLIA... Dup dap dup dap jantung ni ..... ^____^ ..... Seminggu lepas tu kami bertunang..
Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…
Memula masa kat kenduri tu mcm pendiam, sombong dan kontrol macho jer ... ehehehhe... Tapi bila dah start rapat, rupanya meriah jugak orangnya... Peramah dan lawak jugak. Romantik tu agak kurang skit ler... ehehehhe...
Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …
Dalam phone je.. Masa tu dia kat Jepun lagi...
Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …
Dia cakap, dia dah bagitau kat mak dia yang lampu isyarat dah tukar hijau.. Coz selama ni mak dia kata lampu isyarat dia asyik kuning je, tak tukar2 hijau... So maknanya, dia dah setuju lah dgn rancangan org tua kami utk satukan kami... Dia pun cakap yang dia dah mula sayangkan ena.
Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
First e-mail from me: 1.11.2003.
First call from him : 11.11.2003
Bertunang : 13.12.2003.
Berkahwin : 01.10.2004
Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
4 tahun 7 bulan
Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
Sebelum kawen : Tak sempat buat kejutan lah sebelum kawen... ehehhe...
Selepas kawen :
- Dia hantar bucket of roses kat sekolah on valentine's day even time dia tgh belayar... First time dapat tu terkejut sgt.. Dia tgh laut, mcm mana tetiba ada org hantar bunga.. Rupanya dia tempah through internet..
- Masa dalam pantang Bethrisya, dia buat attachment kat office MISC di Dayabumi.. So tetiap minggu dia akan balik kampung.. Tetiba masa dia balik lepas seminggu start keje, dia bagi/hadiahkan ena set white gold jewellery (rantai, gelang, subang).... siap utk baby yg masih dalam ari tu pun dapat rantai white gold jugak....Dia kata, tu hadiah coz lahirkan zuriat utk dia ... Kalau macam tu, nak beranak setiap tahun lah ek.... muahahahah....
Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
Semoga rumahtangga kami sentiasa dipenuhi dengan bunga2 cinta dan kasih sayang tanpa sempadan.
Semoga rumahtangga kami sentiasa diwarnai oleh senyum tawa dan gelak tawa anak-anak.
Semoga rumahtangga kami sentiasa dijauhkan daripada anasir2 jahat yang bisa menggoyangkan kerukunan hidup kami sekeluarga.
Semoga rumahtangga kami sentiasa dilimpahi rezeki yang banyak.... ^___^ ... (nak besarkan rumah, nak beli rumah lagi kat Damansara, nak beli kereta mewah....eheheh)
Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
Dulu awal2 masa dapat anak pertama, dia mmg kekok skit..Almaklumlah dia anak bungso kan...Manja ....Anak nangis memalam pun dia bole tak dengar dan tetap tido dgn nyenyaknya... uwaaaa......Tapi lama kelamaan dia telah menunjukkan kehebatannya sebagai seorang AYAH.. Mmg sangat rajin melayan karenah anak2.. Sentiasa nakkan yang terbaik buat anak-anaknya. Cuma kadang2 tu ada jugak lah bila dah penat, dia tido jer, anak2 dia suh mak n maid yg jaga... ehehhehe....
Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda..
Sama sepertimana dia melayan keluarga dia sendiri... So, setakat ni mmg tak der masalah.. Lagipun keluarga kamikan bersaudara...





9 comments:
kisah chenta yg comellll,,hehehehe~~
smoga berkekalan,,aminnnn~~ :))))
aiii akak...semoge kasih syg n chenta akan kekal smp ble2 aminn...
suami akak kapten pd nwa eh...
tq ena jawab tag :)
Zilot,
Tq dik...
Aminnnnn.....
-----------------------------------
Anne,
Yup, nuar pernah naik kapal dgn hubby akak... kitaorg pun mmg dah rapat dgn family dia.. mak nuar aritu gi umrah dgn mak mertua akak.. last year, kitaorg gi cuti kat genting pun nuar n family join sekali..
---------------------------------
Kak Mas,
Sama-sama ^_______^
First e-mail from me: 1.11.2003
|
|
|
V
Berkahwin : 01.10.2004
Fuh memang express, camane la rasenye yek.. hihi!
Dina,
hehehe... Express Rakyat gitu....
Ceriti cinta Ena sgt xpress..tapi akak punya mcm kura2...muahaahhhaaa..
Kak Shima,
Mmg kisah chenta ena ni cam cartoon skit kak.. Anak buah ena siap kata , auntie na ni mcm org dedulu ler... ehehehhe...
smoga akak n capt berkekalan selama-lamanya..mmg jarang nak jumpa kisah cinta cm akak ni zaman skrg..
Post a Comment