Alhamdulillah abang selamat sampai hari Rabu (25/2) lepas ... Bethrisya n Rayyan pun sangat seronok nampak ayah.. Bethrisya yang sangat tak sabar tunggu ayah keluar dari balai ketibaan tu ..Asyik tanya je mana ayah... mana ayah.... Penat mummy nak menjawap ... Bila ayah keluar, termalu-malu pulak daa..... ehehehhe... Rayyan pulak asyik tenung je muka ayah... Agaknya dia tertanya2, sapa pulak mamat ni ... Tapi bila masuk kereta dah start cuit-cuit ayah dan tersengih-sengih bila ayah panggil....

Kat KLIA
Hari Khamis kitaorang ke The Curve. Bawak ayah rasa keenakan Ayam Penyet. Hmmm, marvellous. Then gi cari baju utk Rayyan untuk dia pakai time birthday party dia nanti. Comel kan baju Rayyan ni. Tak sabar nak pakaikan dia. Sure handsome anak mummy, ayah sorang ni.
Comelkan..... tak sabar nak pakaikan Rayyan

Hari Jumaat pulak gi SACC. Gi Butik Citra and Gulatis. Cari kain untuk baju raya mummy. Then masa jejalan kat Kompleks PKNS, ada pulak promotion Fingerprint Analysis For Talent assesment. So, buatkan untuk Bethrisya n Rayyan. Saje2 nak tau kat mana kelebihan diaorang berdua ni. Dapatlah tau potensi bakat, kecerdasan, karakter dan motivasi diaorang yang bersifat genetik. Selain tu, dapat mengetahui gaya dan method pembelajaran budak berdua tu. Dengan itu mudahlah untuk mengembangkan bakat diaorg yang kuat untuk lebih cemerlang. Keputusannya, ada yang berbeza dan ada jugak yang samaThen gi Plaza Alam Central, nak amik handphone Nokia N76 mummy yang rosak haritu. Tapi tak bole betul so at last, ayah belikan je handphone Sony Ericson WI200 untuk Bethrisya. Untuk dia dengar lagu dan dia tak kacau handphone mummy dan handphone ayah lagi. Advance betul anak2 zaman moden ni kan.
Handphone Kak Chica
Report Fingerprint Analysis Bethrisya n Rayyan
Malamnya pulak birthday party Haziq (anak kakak Mazly). Tersangat ler meriah. Semua abang2 ipar ku itu kepalanya giler2.. Tengokje lah gambo2 mereka tu. Memang tak kering gusi lah malam tu. Sesekali berkumpul beramai-ramailah katakan.
Happy Birthday Haziq !!!
Tengokla gelagat memasing ....
Hari Sabtu pulak, kitaorang beramai2 membuat rombongan ke Alamanda. Berkaraoke dan bermain bowling. Memang havoc sesangat bila dah berkumpul beramai2. Masing2 menunjukkan bakat terpendam. Baik dalam melontarkan suara mahupun membaling bola bowling kedalam Longkang. muahahhaha...Queen of Longkang jatuh kepada .... NINA .... hehehhehe... jangan marah ye..Harap-harap, kekalkan lah title tu bila kita gi main bowling lagi nanti ye.

gaya pemain profesional ^_^

Rayyan pun berangan nak angkat bola bowling jugak
And Abang, Honey jatuh chenta sekali lagi dengan your voice.. Gugur jantung sekejap dengar Abang nyanyi.. Cairrrr..... Bethrisya pun tercopong-copong tengok ayah dia nyanyi.

Bakal peserta AF

Tutup skit mulut tu bang, nanti lalat masuk...
Hari Ahad, sebelum balik Muar, kitaorg singgah sekejap kat rumah kawan baik Abang, Capt Piquet kat Presint 14, Putrajaya... Dia ajak makan kat umah dia since dah lama giler mereka berdua tak jumpa...





10 comments:
Weeeeeeeeeeeeee meriah meriah sesangat sume ini!!
Best kan dapat spend time dengan seseorang yang sangat dirindui bagai nak rak.
:D
Have a great time lagi dan lagi dan lagi ok!
ala chomelnye la ica melopong tgk ayah dia nyanyi ha ha!
hehehe..bestnya akak dapat spend time ngan abang akak...manja puas2,k!!! comel ler baju ryan....ica pun comel gak....pandai amik gambar ;)
Wah, bestnya dpt spend together gether yek..apa2 pun enjoy yea..:)
amboooiiii seronoknyeeee.. ehekss..
my hubby kenal ur hubby ni... maklumle, secompany.. :)
Dina,
Memang seronok sangat Dina... Rasa macam tak cukup je masa bila dgn DIA..Banyak sgt plan yang nak dibuat.
-----------------------------------
Along,
Mintak ampun, mintak maaf... Tak belikan chocolate airport utk along ... :(
-----------------------------------
Hanin,
Memang geram sgt tgk baju Rayyan tu ... dan tak sabo nak pakaikan dia. Chica mmg pantang nampak camera... asyik nak berposing je...
-----------------------------------
Kak Shima,
Memang tgh meng'enjoy'kan diri lah ni kak...ehehhehe
-----------------------------------
Marsha,
Diaorg ni mmg pusing2 mesti kenal punya kan... Almaklumlah sekapal... Melaka-muar bukan jauh sgt, nnt bebila ada rezeki bole lah kita jumpa kan...
-----------------------------------
heee.
cutenye cica & rayyan,pndai betol posing depan camera ekk ^___^
and of coz, baju rayyan CHOMELLL SANGAT LAH kak ena, geramm! nnti gambo mr.tuxedo-rayyan dlm blog eyh,hehe..
slmat berhepi2!
p/s: mr.red ckap capt.mazly mmg suke wat karoake nite atas kapal,suke nyanyi2,hehe..
whoaaa kak ena.
beshnya kaloke kat alamanda tuu.Nasib baik yat mabok2 dah lama bangat tak ke alamanda kalo tak harus terserempak akak n family kan..
Org kapal ni same je kan hobby,kaloke :D Ekhram pon suke yg amat.
Bile2 akak trn putrajaya rogerla yea.
Ekhram pon nak alik dah another 2 weeks,bole kite sembang2 n jupe rayyan yg cumils tu.
Have a nice day akak :D
tgk tux comel tu la yg buat reza nakkkkk jgk baby boy tau...huhuuu
Elya,
Capt Mazly mmg cam tu.. Memang sgt suke buat karaoke contest kat atas kapal tu.. Nasib baik ler suara dia pun sedap ... ^_^ ...
___________________________________
Yatt,
Mmg happening masa kat alamanda tu.. Berkaraoke lah, main bowling lah... happyyyy...
Insyaallah ada rezeki nnt kita jumpa ek..
___________________________________
Azza,
Betul mek, mmg tux tu tersgt lah comel.. geram betul aku tgk...
Post a Comment