Wednesday, December 3, 2014

Salam Taj Mahal

Peluang yang datang menyapa, usahlah ditolak. Ayah dapat jemputan untuk menghadiri Senior Officer Forum MISC yang akan diadakan di New Delhi, India 25/11/2014 hingga 1/2/2014. Ayah tanya samaada Mummy nak ikut ke tak. Kebetulan memang jatuh pada cuti sekolah akhir tahun. Pucuk dicita, ulam mendatang la kan. Bila lagi nak jalan ke negara orang. Hotel dan makan dah tak perlu bayar sebab ditanggung. Cuma perlu bayar flight ticket je.. Dalam pada masa yang sama, kami dapat menghabiskan masa berdua-duaan di sana nanti. ehehhee.. Honeymoonnnnnn..... 

Bye bye Malaysia

Pada awalnya, Ayah agak risau yang Mummy akan kebosanan duduk di bilik hotel kerana jadual ayah agak pack. Tapi rupanya tidak... Bila dah jumpa geng geng yang sekepala, memang kami tak lekat duduk di bilik hotel. Setiap hari ada je aktiviti kami. Kesana kemari, naik turun train, shoping sana sini, visit tempat-tempat bersejarah di India... Ayah bz berforum, mummy pun bz berjalan. Fair and square. 

Rutin setiap pagi - amik gambar berdua sebelum Ayah gi dengar forum

Berpeluang melawat Taj Mahal, lambang cinta Shah Jahan terhadap Mumtaz Mahal

Macam terror je naik train kesana kemari

Shopping sari

Tempat wajib bagi si pelaut - Hard Rock

Gala night theme dinner - Retro/60's

Pada hari terakhir je, kami dapat berjalan bersama-sama melawat Kutub Mina, tempat sejarah islam terawal di India. Dapat la kami berphotoshoot ala-ala newly wed couple. Hahahhahaa..









Tuesday, November 18, 2014

Rayyan year end concert

Tahun ini merupakan tahun terakhir Rayyan Muszaphar bersekolah di Qdees dan ini juga merupakan konsert terakhir Rayyan bersama rakan-rakan tadikanya. Bergembiralah selagi boleh. Dan memang jelas dia sangat seronok pada malam itu. Persembahan kelasnya juga memenangi persembahan terbaik kategori 6 tahun. Tahniah sayang !!!!!!!

Hero malaya

Rayyan bersama Ayah

Siblings



Saturday, October 25, 2014

Concert Mariah Carey

10 thn dulu, saat baru bertunang, saat cinta baru mula nak berputik, kami telah pergi menonton concert Mariah Carey yg diadakan di stadium merdeka pada 20/2/2004..

22 Feb 2004


Tak disangka, tahun ni, Mariah Carey sekali lagi dtg buat concert di Malaysia.. Demi mengimbau kenangan 10 thn bersama, kami sekali lagi ke Stadium Merdeka... 



22 Oct 2014

Through The Rain - Mariah Carey


                                              "My All"
I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
'Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight

Give my all for your love
Tonight


Friday, October 3, 2014

10 Years and counting

SAYANG,

For better or worse, through thick and thin,
You’ve been there by my side

Sharing the laughter and the tears
Through life’s uncertain ride

We don’t know what the future
Has in store for you and me

But this I know, without a doubt,
The best is yet to be

HAPPY 10TH ANNIVERSARY.

Tak sangka la pulak, dapat bunga dari encik suami. Glamer sekejap teacher kat bilik guru bila florist hantar bunga ni kat sekolah.. ehehehhe.. Tq Abang.


Dalam diam Mummy sebenarnya plan jugak dinner kat Secret Recipe. Sempat lah mintak tolong orang deco deco meja dgn balloon n roses.. 








Sunday, September 28, 2014

Menjelang 10 Tahun.

Begitu pantas masa berlalu, tanpa sedar, tahun ni merupakan tahun kesepuluh kami hidup sebagai suami isteri. Segalanya penuh ranjau dan penuh dengan suka duka hidup berumahtangga. Alhamdulillah, rumahtangga yang dibina hasil padukan orang tua masih kekal hingga kini. Walaupun kami pada asalnya tidak mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, tapi percintaan setelah berkahwin itu sesungguhnya amat indah dan penuh makna.

Segalanya bermula bila tamat pengajian di UTM, auntie maznah (kini ibu mertua) dtg kerumah untuk bertanyakan pada abah dan mak samada diri ini dah berpunya atau tidak. Abah merupakan orang yg paling seronok kerana antara dia dan auntie maznah mmg mempunyai bau bau bacang. Makanya dgn perkahwinan kami, ikatan silaturahim dapat didekatkan lagi.. Menjadi anak yg selalu ingin menggembirakan hati kedua ibubapanya, dituruti jugak kemahuan mereka..

Pada awalnya agak tidak mendapat kerjasama dr abang mamat @ abang mazly kerana mungkin dia mmg belum bersedia untuk berumahtangga. Atau mungkin dia telah ada pilihan hati yang mendapat tentangan auntie maznah dan uncle md dom... Dengan tidak meletakkan harapan yang tinggi, dibiarkan semuanya berlalu dan hanya masa yang menentukan segalanya..

Takdir Tuhan, umur uncle md dom tidak panjang.. Dia meninggal seminggu selepas aku pergi berjumpanya memberi ole-ole yang dibeli hasil percutian ku di kuching. Dia berpesan untuk membelikannya ikan terubuk masin. Pada hari itu, tangannya disalam, dicium, dan tanpa sedar, kepalaku diusap lembut. Seolah-olah memberi restu untuk aku menjadi menantu di rumah itu... Apa yg ada dalam hatinya, hanya dia dan tuhan saja yang tahu..

Pada hari kenduri arwah lah buat pertama kalinya aku berjumpa dgn abang  mamat yang pada ketika itu kelihatan amat sugul dan mungkin kerana itulah dia tidak begitu melayan diri ini... Setelah tamat kenduri 7 hari, abang mamat terbang kembali ke Jepun kerana pada ketika itu dia sedang deliver kapal LNG di sana.. Dan segalanya kembali sepi tanpa berita....

Untuk merialisasikan impian, sehari sebelum hari lahir abang mamat- mak, kakak dan abangnya, memujuk diri ini untuk menghantar email mengucapkan selamat hari jadi kepada abang mamat.. Cuba memberanikan diri untuk mencuba nasib dan email dihantar dengan perasaan malu serta takut... Perempuan tetap perempuan, perasaan malu tetap tebal di hati... Apatah lagi bila email yang dihantar tidak mendapat balasan.. Maka terdetik la di hati kecil, mungkin memang bukan jodoh kami berdua... Hidup perlu diteruskan seperti biasa tanpa ada apa apa perasaan kecuali terkilan tidak dapat memenuhi kehendak orang tua..

Email pertama yang dihantar kepada Capt Mazly @ Abang Mamat (nama manja Capt dirumah)

Namun, tanpa disangka, tanpa di duga... Menerima satu panggilan dr nombor yang agak pelik pada 11 November 2003... Rupanya panggilan dari Jepun... Bermula episod menerima panggilan telefon setiap hari dr Jepun.. Bila tiada panggilan, terasa tidak lengkap la pulak hari itu.. Telah dapat rasakan bahawa bunga bunga cinta telah mula untuk berputik walaupun masih ada rasa ragu...

Kebetulan visa jepun dia dah nak tamat, maka dia perlu balik untuk memperbaharuinya. Dan kebetulan pula abah dan mak akan mengerjakan haji dan bercadang untuk mengadakan kenduri doa selamat.. Entah dari mana datangnya cadangan supaya kenduri doa selamat abah dan mak ke tanah suci dibuat sekali dengan majlis pertunangan kami. Agak terkejut pada mulanya kerana terasa ianya masih terlalu awal.. Namun, tiada suara untuk membantah... 

Sejarah pertemuan pertama kami secara rasminya tercipta di KLIA pada 6 Disember 2003.. Disitulah buat pertama kalinya kami bertentang mata, berbual mesra, bergurau senda.... 

Seminggu selepas itu, pada 13 disember 2003, termeterailah ikatan pertunangan diantara kami berdua... Dan disatukan dengan ikatan yang sah pada 1 Oktober 2004..

10 tahun berlalu, tapi terasa segalanya masih baru, masih segar dalam ingatan bagaimana ianya bermula... Hingga kini masih lagu terasa mabuk cinta, masih terbuai dgn rasa sayang, masih menanggung kerinduan bila berjauhan..

Abang, terima kasih buat segalanya.. Terima kasih kerana hadir dalam hidup honey.. Terima kasih kerana melengkapkan hidup honey.. Terima kasih kerana menerima kekurangan honey... Terima kasih kerana menjadi lelaki terhebat buat honey dan anak anak...