Tuesday, January 10, 2012

Berempat sebelum Berlima

Alhamdulillah, orang yang kami tunggu, orang yang kami rindu, dah selamat kembali ke pangkuan pada 7 Januari yang lepas... Orang yang paling gembira tentunya buah hati dua orang tu... Memang tersangat seronok bila nampak Ayah di depan mata...


Si Gadis Ayu

Hero Malaya

Tak sabar nak gi KLIA

Tak sempat dan tak ingat lah pulak nak amik gambar time kat KLIA... eheheheh.. Terlambat sampai.. Ayah dah keluar dari depature hall dah time kitaorg sampai..


****************************************************


Bila Ayah dah balik, barulah terasa lengkap bila bergambar.. eheheheh... Menikmati saat-saat masih berempat, tak lama lagi dah berlima pula...


@ Serai Empire Gallery

@ Ikano Power Centre


@ Dataran Pahlawan Melaka


@ Dataran Pahlawan Melaka

Thursday, January 5, 2012

Their First Day.

Tahun ni merupakan tahun ke empat Bethrisya bersekolah di Qdees dan tahun ke dua buat Rayyan.. So far, alhamdulillah, perkembangan kedua budak bertuah ni mmg sangat memberangsangkan.. Mummy dan Ayah benar2 bangga dengan korang berdua.. Moga terus lah membesar menjadi anak-anak yang bijak pandai dan berjaya dalam hidup.

Muka-muka excited nak gi school


Si kakak yang memang kuat melaram


Abang yang tak boleh tinggalkan peace dia

Bethrisya di tempatkan dalam kelas En Wright tahun ni di bawah jagaan Teacher Queck..


Rayyan pulak ditempatkan di kelas En Edison dibawah Teacher Malini. Moga dia dapat menyesuaikan diri dengan segera. Disebabkan Rayyan ni agak manja, memula Mummy sangat risau kalau2 dia menangis dan tak nak gi school.. Apatahlagi memang sana sini dok dgr suara anak2 menangis tak mahu melepaskan ibubapa masing-masing.. huhuhuu...Tapi jangkaan Mummy meleset sama sekali.. Dia mmg sangat seronok berada di sekolah.. Alhamdulillah...



Bila Mummy jemput diaorg balik dari sekolah, dua-dua mulut becok bercerita tentang apa yang diaorg buat di sekolah arini.. Almaklumlah hari pertama kan...

Alphabets n Numbers test done by Bethrisya


Bookmark done by Bethrisya


Done by Rayyan


Saturday, December 31, 2011

Happy New Year... 2012 !!!!

Penawar duka lara...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
Semoga 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kita semua
Insyaallah....


p/s : Yip yip horreeyyyyy.... Selepas menanti selama 6 bulan 1 minggu, kerinduaan kami bakal terubat 7 hari lagi..... Alhamdulillah... 

@ 31 weeks

Wahh.. cepatnya masa berjalan.. Mummy dah memasuki minggu ke 31... Makin dekat masanya, makin berdebar pulak rasa hati ni.. Dalam tak sabar menanti si kecil ni, terselit juga rasa takut nak masuk OT.. Takut nak membayangkan perut dibelah utk kali ketiga... Moga-moga segalanya dipermudahkan dan semoga kami berdua selamat dan sihat hendaknya...


Little Baby @ 31 weeks
1.6 kg

Pergerakan baby semakin ligat berpusing-pusing dalam perut ni.. Seligat Mummy dia yang tak henti-henti berjalan je di trimester ketiga ni.. ehehhe.. Muar-KL hampir setiap minggu.. Muar-Melaka hampir dua hari sekali.. Mak kata, mesti baby dalam perut tu kalau bole bercakap, mesti dia akan kata, Mummy ni selagi belum bersalin, selagi itulah dia berjalan... Alasan membeli barang-barang utk baby memang sangat meyakinkan.. eheheh.. Sementelah lagi sana sini sibuk dengan YES..... Haruslah memanfaatkan masa cuti sekolah yang ada kan.. Nanti bila sekolah dah bukak, pergerakan dah terbatas coz dah sibuk dengan kerja sekolah pulak...

Lagipun seboleh mungkin, Mummy ingin lengkapkan segala persiapan untuk meyambut kelahiran baby sebelum Ayah balik.. Supaya Ayah dapat berehat secukupnya bila sign off nanti.. Mummy tahu dan dapat rasakan kepenatan terlampau Ayah yang belayar selama hampir 7 bulan kali ni... So, tak nak lah menyusahkan dia nanti.... Biar dia rehat pepuas dulu sebelum baby lahir... Lepas Baby lahir, semestinya dia akan kembali sibuk dan penat...

Si kakak dan Si abang pun makin seronok berbual dengan baby.. Mungkin jugak kerana perut Mummy sudah semakin kelihatan kebulatannya... Dan baby pun selalu respon menendang2 perut Mummy bila Kakak dan Abang dia dok usap-usap perut Mummy...  Semoga Bethrisya dan Rayyan akan jadi Kakak dan Abang yang terbaik buat adik mereka kelak... Tak sabar nak tengok gelagat diaorg bertiga main bersama-sama nanti..


Mummy @ 31 w
52.5 kg

Insyaallah, kami dah pun mula memangkah kalender menghitung hari menanti kepulangan orang yang sangat-sangat kami rindui... ^____________^... Semoga Ayah selamat sampai kepangkuan kami......


Friday, December 30, 2011

ARIANI

Sale separuh harga di ARIANI di lanjutkan lagi sehingga 2 Januari.. ehehehhe.. Agak-agak warna apa lagi ye yang tak de? eheheheheh.... Untuk sale yang kali ni je, rasanya dah 5 kali dah menjejakkan kaki ke ARIANI.

Pertama sekali gi ARIANI Jalan TAR (23.12) : Sesak yang amat.. Dah macam beli tudung kat pasar malam. Pergi pulak hari Jumaat time org tgh sembahyang Jumaat, memang ler ramai orang. Tak puas nak membelek tudung-tudung kat sini.

Yang kedua gi ARIANI Kota Damansara (24.12) : Aman damai dan tenteram.. Sangat seronok memilih tudung-tudung kat sini. Seawal pukul 10 pagi dah sampai dah coz dekat je dgn rumah Casa Indah.

Yang ketiga gi ARIANI Kota Damansara lagi (25.12) : Kekonon temankan mak nak tukar tudung dia yg dibeli semalam.. Tapi rembat gak 3-4 helai lagi....

Yang keempat gi ARIANI Melaka pulak (28.12) : Ok gak lah.. Tudung banyak dan orang tak berapa sesak.

Yang kelima pun gi ARIANI Melaka lagi (30.12) ............ Salesgirl tu cakap, nanti datang lagi ye kak sebelum 2 Jan... eheheheheh......