Thursday, December 30, 2010

We are ready....

Pagi tadi Mummy dah berjaya settlekan yuran sekolah Bethrisya dan Rayyan.. Malas nak kelam kabut hari Isnin nanti.. Bethrisya akan meneruskan pembelajaran dia di Qdees untuk tahun yg ketiga.. Rasanya macam baru je hantar dia mula bersekolah masa umur dia tiga tahun.. Dan memandangkan Rayyan pun akan masuk tiga tahun next year, so Mummy pun hantar dia bersekolah jugak...Berpeluh jugak ler nak membayar yuran untuk budak berdua ni..Ni baru kindergarten, belum sekolah betul or universiti lagi... Tapi tak pe, pelajaran tu kan penting... Duit bole cari. Lagipun Ayah susah payah cari rezeki kat laut tu untuk siapa, untuk anak-anak dia jugak kan... Apa saja untuk mereka berdua....

For Bethrisya
(going to be 5 next year)




For Rayyan
(going to be 3 next year)



Ayah,
We are ready to go to school..
We promise to be the best among the best...
We want u to feel proud to have us as your daughter and son..
It is okay that u can't be here during our first day of school coz we know your love is always here with us.
We love u Ayah..
We miss u Ayah..


Luv,
Bethrisya n Rayyan
30 Dec 2010

Wednesday, December 29, 2010

Yummy yummy

Sepanjang dua minggu kat atas kapal, dapat lah sikit ilmu masakan dari Chief Steward, Chief Cook dan 2nd cook... Macam-macam diajarnya.. Thank u sebab sudi berkongsi ilmu.. Capt pesan, make sure practice semua tu before dia sign off.. So bila dia sign off, kiranya dah terrer lah dengan semua masakan tu.. ehehhe.. Baik boss..

Antara yang sempat belajar :

Steak


Lobster


Ice-Cream Goreng


Soup Ministroni


Donut


Salmon Salad



Prawn salad



******************************************


Ini lah sifu masakan terbaeeekkkkkkkk...
Chief Steward Ja'afa aka BABA


Geng Galley
2nd Cook Taufik, Cheif Cook Asri, Steward Fadzly..


Ini pulak geng belajar masak... ehehhehe.. Nazreen, wife kepada 2nd mate Omar. Nanti kita main masak-masak lagi ye Nazreen.. Selamat bergumbira di atas kapal...



Tuesday, December 28, 2010

Separuh Jiwaku Pergi

Setelah dua minggu bersenang-lenang, bercinta-cintun di atas kapal, tibalah masanya untuk kembali ke daratan.. Satu saat yang amat sukar.. Segalanya bercampur baur.. Sekejap rasa tak sabar nak balik, leh jumpa anak-anak. Sekejap rasa sedih dan sayu nak berjauhan dengan Capt kesayangan.. Tapi hakikatnya kene tempuh jugak.. So, kapal dah pun selamat belayar, mummy pun dah selamat balik ke rumah...

Cuma angaunya je tak hilang lagi... Sebelum turun, Capt dah pesan, Honey balik nnt, jangan nangis-nangis tau.. Time tu kekonon berlagak... Siap cakap, mana ada Honey nangis.. Tapiiiiiiiiii........... mulut cakap lain, hati rasa lain.... Berderai jugak air mata ingat kat dia..... huhuhuuhuhuuu........


Sayang,
It's hard to say goodbye..
Rasa macam tak nak lepas je tangan tu.



Lepas ni, Honey tak dapat nak teman abang tidor.



Tak dapat nak teman abang tengok movie.



Tak dapat teman abang makan.



Tak dapat jalan-jalan dengan abang kat pasar malam Taiwan lagi.



Tapi,
Honey akan terus kirimkan doa, agar pelayaran Abang sentiasa selamat dan dilindungi-Nya.
Yang jauh hanyalah jarak. Hati kita tetap dekat.
Thanks for the wonderful, amazing, fantastic two weeks that we spent together.
I love u Sayang. I love u so much.




Tuesday, December 14, 2010

Onboard Puteri Nilam


Pada awalnya Mummy agak berbelah bahagi antara nak ikut dengan tak nak.. Bukan apa, asyik dok fikirkan anak-anak terutamanya si Rayyan yang agak manja tu... Ialah, diaorang mana lah pernah berpisah lama dengan Mummy.. Kalau tinggal satu atau dua hari tu, okay lagi... Tapi kali ni nak kene tinggal dua minggu... huhuhuuu... Entah-entah, anak-anak tak menangis, tapi Mummy pulak yang meleleh airmata kat atas kapal tu nanti.

Tapi setelah difikir-fikir, ditimbang-timbang dan ditambah dengan sokongan semua orang, akhirnya Mummy setuju ikut Ayah belayar.. Itupun malam sebelum naik flight baru sibuk nak packing barang.. Tetiba tengah sibuk-sibuk susun baju, si Rayyan bole pulak tanya, "Mummy nak gi mana?" Aduhhhh... Tersentap sekejap... Padahal, setiap saat dan ketika Mummy dok cakap dengan Bethrisya dan Rayyan yang Mummy akan ikut Ayah naik ship.. Si kakak dah faham.. Yang adik ni susah skit.. Kejap faham, kejap tak faham... ehhehehe... Tawakkal je lah... Semoga diaorg okay sepanjang Mummy takde..



Buat anak-anak Mummy dan Ayah : Bethrisya dan Rayyan,

Be good okay sepanjang kami tak de.. Kami tau, Kak Cha dan Adik Rayyan memang budak baik kan.. Jangan nakal-nakal kat rumah Tok Bah.. Tak bole gadoh-gadoh tau dua beradik.. Kakak sayang adik, adik sayang kakak.. Bila dah puas duduk rumah Tok Bah, balik lah umah Tok Mak Maznah pulak ye.. Nanti Kak Nina bawak gi jalan-jalan.. Nanti bila Mummy balik kita gi beli toys banyak-banyak okay... Upah coz bagi Mummy chance ikut Ayah belayar... Yang pasti, Mummy dan Ayah sayanggggggggggggg korang berdua... Anugerah terindah dari Tuhan buat kami...



p/s:

1. Alhamdulillah, bila Mummy call rumah, semua kata diaorg okay.. Semalam Tok bah bawak g Melaka, gi umah Ayah Jang diaorang. Then Ayah Jang bawak gi tepi pantai, main air.. Sebelah malam, gi makan ikan bakar kat Alai... Harini pulak, Kak Nina bawak diaorg gi Tanjung Emas, then gi makan Mc Donalds... ehehhe.. Seronok lah diaorg tu...

2. Esok pagi kapal akan keluar port Bintulu.. Huhuhuuu.. Mummy dah tak bole nak call dan cakap dengan Bethrisya dan Rayyan lagi lah.....

Sunday, December 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Nwar dan Lya.

Tahniah sekali lagi buat Nwar dan Lya. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Sorry tak dapat join majlis kat Kuantan minggu ni... Kitaorg wakilkan Nina dan Tok Mak ye.. Kasi peluanglah kat kitaorg nak honeymoon atas kapal... ehehhehe... Semoga majlis di Kuantan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Dan.... Selamat Berhoneymooooonnnnnnnnn....


Majlis Nikah
10.12.2010
5.00 petang

Kami bersama pengantin baru...
Cayalah Nwar, abis exam kul 12 tgh hari,
kul 5 petang terus nikah... ehehhehe...
Antina dan Capt doakan semoga Nwar berjaya dalam exam dan jugak oral nnt. Insyaallah. Mana tau, rezeki pengantin baru kan..


Berseri-seri muka pengantin.



Majlis Persandingan
11.12.2010
1.00 tgh hari

Orang sibuk nak makan, kitaorg sibuk nak bergambar. ehehhe.


Mentor dan Protege


Nak amik jugak gambar dengan pengantin.


Selamat Pengantin Baru.


*

*

*

*

*

Cakkkkk.... Pengantin kecik Mummy..

^_________^