Thursday, December 31, 2009

Our Home Sweet Home

Sebagai penutup tahun 2009, saje nak share satu lagi perkara yang amat bermakna yg hadir dalam hidup kami sekeluarga.. Alhamdulillah, rezeki Ayah sangat murah tahun 2009 ni .. Dan rezeki itu sama-sama dikongsi.. Ayah bermurah hati untuk belikan benda ni untuk Mummy. Katanya sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5.

^___________^

Apa kebenda yang Ayah bagi kat Mummy ye... ehehhe....



Jeng....



Jeng....



Jeng....



Casa Indah 1 Condominium, Kota Damansara

Tapi disebabkan kegayatan Mummy, Ayah terpaksa lah terima hakikat yang Mummy hanya memilih unit di tingkat 1...eheheheh.. Lagipun dah tak banyak pilihan.. Yang view cecantik dah habis di ambil orang..

Sebab-sebab Casa Indah 1 menjadi pilihan Mummy:

1) Security - kami bukannya nak duduk sepenuh masa kat situ. Ianya hanyalah rumah persinggahan hujung minggu dan cuti sekolah.. So selamat lah sikit bila ada pak guard kan. Tak de lah takut nak tinggalkan rumah tu lelama.

2) Yang paling utama adalah - dekat dengan IKEA, THE CURVE, IKANO, CINELEISURE dan ONE UTAMA...... eheheheh... Boleh shopping selalu... (",)

Hakikatnya i'm so blessed. Thank you so much sayang.. I love the condo.... opss .... I love u more, Sayang.....

After this, kami tidak perlu lagi menumpang di rumah orang setiap kali datang ke KL dan tak perlu lagi bawak barang penuh satu bonet kereta coz now we already have a place that we can call our own home sweet home...



Our condo is still in renovation. Nanti bila dah siap di renovate, akan ada entry khas before renovation n after renovation kay...

Friday, December 25, 2009

Uniquely Singapore

Yahooo, hubby tak jadi sign on 27 Dec 2009 ni. Special thanks to En Azizi coz bersusah payah berusaha mencari Capt lain yang available untuk sign on Puteri Nilam menggantikan Capt Khairi yang dah dekat 5 bulan lebih di atas kapal.

Ikut perjanjian asal antara mereka berdua memang Capt Mazly akan naik Nilam gantikan Capt Khairi bulan Dec ni. Tapi tetiba office arahkan dia naik emergency kat Firus 1 selama 3 minggu bermula 18 Nov hingga 12 Dec... Then, baru cuti tak sampai dua minggu, Capt Mazly diarahnya pulak untuk naik Nilam.. Disebabkan rasa tanggungjawab dan keperimanusiaan, dia bersetuju.. So, kami pun terpaksalah cancell kan plan percutian kami yang seterusnya :( ..Dan mula buat persediaan untuk naik kapal... Memang dah siap2 nak gi office dah pada 23 Dec lepas..

Tapi, tiba-tiba, petang 22 Dec, En Azizi call dan bagitau, dia dah dapat cari Capt lain yang available dan bole gantikan Capt Khairi.. Dia tanya hubby samada nak sign on jugak 27 Dec ni or nak teruskan cuti... eheheh... Memula hubby buat-buat kata nak discuss dulu dgn wife dia ni... Padahal, dalam hati dah berbunga riang dah... Lepas tu baru lah dia call En Azizi semula dan bagitau dia nak cuti dulu.... Minta maaf lah kat budak-budak kapal Nilam yang dah tertunggu-tunggu bila Capt Mazly nak naik... eheheh... sabar eh, nnt dia akan naik jugak.. Bagi kami manja pepuas dulu ek...

^_________________^

Makanya, percutian kami akan diteruskan lagi. Kali ini, kami akan ke SINGAPORE....



Thursday, December 24, 2009

Honey, We Rock @ Hard Rock Hotel Penang



Tetiba rasa macam baru kahwin lah pulak.. Eheheheh... Memang sengaja kami amik package "Honey, We Rock!!" .. Terasa ingin dibelai dan dimanja...

Kalau masa honeymoon dulu kami ke Hard Rock Bali, kali ni ke Hard Rock Penang lah pulak..

Kalau masa honeymoon dulu kami berdua, kali ni kami buat rombongan Cik Kiah lah pulak...

Kami amik dua bilik. Untuk pasangan yg berhoneymoon, mestilah bilik Seaview Studio Suite. ^_____^ . Manakala untuk ahli rombongan Cik Kiah, bilik Seaview Deluxe Room.

Bilik kami yang dipenuhi dengan ros segar.

Plan asalnya nak menyambut anniversary yang ke 5 di sana dan jugak bersempena menyambut hari lahir capt kesayanganku itu... Pada awalnya memang kami buat reservation on 01 Nov 2009 tp terpaksa di postponed coz dia terpaksa ke Senior Officer Forum di Pullman.. So kiranya belated celebrations lah ni... Tak kisahlah walau lambat pun, yang pasti kami memang tersangat seronok di sana.... Anak-anak yang pastinya paling seronok.. Kalau boleh nak berendam dalam pool tu 24 jam.. Capt tersayang pun dah siap plan dah, setiap kali sign off, mesti nak gi Hard Rock Hotel... ehehhe... Hakikatnya memang kami dah jatuh cinta dengan Hard Rock Hotel ni.


Day 1

- Check in
-Bercanda di pantai
- Candle light dinner

Muka-muka kepuasan kerana selamat sampai.
Penat woo duduk dalam kereta selama 6 jam bercampur pit-stop beberapa kali.

Happy Honeymoon.



Ayah sibuk check in, budak bertuah dua orang ni dah tak sesabar nak swimming.

Pantai Batu Feringgi

Bergumbira !!!!

Parasailing

I Love U !!!

I Love U So Much!!!


*********************************************************

Day 2

- Breakfast kat bilik...
- Spa
- Meronda bandar Penang
(Ke Bukit Bendera - tobat tak nak naik lagi selagi diaorg tak buat train yang ada aircond)
- Kalau dah ke Penang, tak sah kalau tak pekene nasi kandar. Atas nasihat kawan Capt, kami
pun cuba lah makan nasi kandar di Nasi Kandar Beratur... Mak aiii, bersesuaian dengan namanya, memang kene beratur panjang sebelum tiba turn kita utk pilih lauk2.. Walaupun penat beratur, tapi hati puas sebab nasi kandarnyer SEDAP GILER!!!!

Seisi memanjakan diri.

Dihadapan guitar yang menjadi tempat wajid utk bergambar.

Bukit Bendera

Beratur Bang, jangan tak beratur...

******************************************************

Day 3

- Breakfast kat bilik jugak.
-Check out.
-Membeli-belah di Hard Rock shop.
-Ke Toy Museum. Macam-macam jenis toys ada kat sini..
Dari secomel-comel permainan ke seganas-ganas permainan ada.
-Masa datang ke Penang aritu kami lalu Jambatan Pulau Pinang
so masa balik kami nak cuba naik feri pulak... eheheh... Jakun sekejap...
-Dalam perjalanan pulang ke KL, sempat lah singgah di rumah kawan baik Capt Mazly iaitu Capt Ikhwan & Kak Azi kat Kepala Batas...
Thanks kak atas layanan..
Next time, ada rezeki, kitaorg gi serbu umah akak lagi yerk.

Toy Museum

Atas feri.

Bye-bye Penang, nanti kami datang lagi ye..

Friday, December 11, 2009

Potong ke tak potong.


Budak kecik yang kuat melaram.

Oh,si gadis yang ayu.

Semakin hari rambut Bethrisya semakin panjang... Kalau orang tanya rambut kak Chica sampai mana, dia akan jawap sampai bontot sambil mendongakkan kepala supaya rambut dia dapat mencecah bontot dia... Lawak sungguh...

Sampai bontot kan rambut saya.

Kadang-kadang terasa macam nak potongkan pendek coz dah panjang sgt untuk budak kecik berumur 3 tahun..Syian dia..Takut dia rimas... Tapi bila tgk rambut dia yang cantik tu, sayang lah pulak.. Semua orang geramkan rambut dia... Rambut kak Chica ni ikal.. Belah atas lurus tapi curly dia bahagian bawah.. Tak payah susah payah nak gi saloon utk buat rambut...ehehhehe... Ditambah lagi, dia tak kisah kalau kita ikatkan rambut dia.. Tu yang tak kisah sgt kalau dia berambut panjang tu..

Cantik tak rambut saya.


Ayah kata jangan potong. Sayang.Takut bila potong dia tak kan jadi cam rambut asal lagi.

Aduhai... Pening-pening

Macam mana ek..

Nak potong ke tak nak potong...


Thursday, December 10, 2009

Sleeping Beauty




Aksi terlampau anak-anak bila tido malam...


ehehhe.


Katil king size pun tak muat tau.
Abis budak bertuah dua beradik ni conquer.
Mummy masih bole lah kalau nak menyelit2 sebelah kakak atau pun adik,

tapi

bila Ayah ada nanti, kat mana pulak Ayah nak menyelit ye?


"


"


Hmmmmm..


Terpaksa lah Ayah tido kat sini,



Boleh tak Ayah????

^_____^


Ehehehehe