Monday, May 25, 2009

Invitation To E&D Birthday Bash '09 & Seafarers Club Get Together

Sorry ye kengkawan..  Setelah bermacam-macam hal yang tidak dapat dielakkan berlaku, setelah terpaksa menukar plan berkali-kali, .... memula High Tea, then lunch, last2 terpaksa buat DINNER... (sure ramai yang confius kan...:P ) maka akhirnya E & D Birthday Bash & Seafarers Club Get Together akan berlangsung sepertimana di bawah ni :-

Date: 31 May 2009

Venue: Kampung-ku Restaurant, Lot 3606, Jln SS 12/1, Lake View Club, Subang Jaya (berdekatan dgn Sheraton Hotel)

Time: 7.30 pm

Theme: Gorgeous in White


Sesiapa yang free tu jemput lah datang ye... Jemput datang makan ....



p/s : Ada sesiapa pernah gi makan kat Kampungku Restaurant tak??? Sedap ke tak ye....

Friday, May 22, 2009

Rumah Baru jugak

Eheheheh.... Kengkawan semua sibuk buat rumah baru, terasa nak buat rumah baru jugak lah... ^______^. Tapi macam kanak-kanak riang ke rumah baru ku ini ????!!!!!

Tq to nanie n ety yg telah memberi semangat..

Tuesday, May 19, 2009

Bethrisya not feeling well.

Pity Bethrisya.. Dia demam sejak balik dari KL ari Ahad lepas.. Hari Jumaat tu dia berendam lama sangat kat swimming pool rumah Achik Syukor, hari Sabtu pulak dia kepenatan ikut Mummy jumpa developer Casa Indah dari pagi sampai petang... Hari Ahad, ikut pulak Mummy bershopping kat The Curve.. Memula mmg dah malas nak bawak dia, nak suruh dia rest je kat rumah Along, tapi biasalah dia, mana bole tinggal, mesti nak ikut jugak .. So, akibatnya dia kepenatan dan tak cukup tido.... Badan pun panas ... Syian anak Mummy.. Susu pun dah kurang minum.. Sakit tekak agaknya... Asyik mintak air masak jer.. Dah dua hari Mummy tak bagi dia gi school.. Biar dia rehat je kat rumah.. Tapi bila kat rumah, lain pulak ceritanya, si Rayyan asyik mengacau Bethrisya jer... ehehhe... Bila kakak nak baring, dia cecepat baring kat bantal kakak lah, dia sibuk nak cabut cool fever kat dahi kakak lah.... bila kakak tido, dia gi kejut lah... Aduh duh duh..... Agaknya dalam hati dia cakap, "ni lah masanya utk kacau kakak" ... selalunya kakak je yg mengacau dia .... Ish, ish, ish, bebudak bertuah dua org ni.....


Cepat sembuh ye Kak Chica... 

p/s: Tok Bah kata Bethrisya demam rindukan ayah... Betul ke???

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Majlis sambutan hari guru peringkat Sek Men Sains Muar,disambut dengan meriahnya pagi tadi. Majlis dimulakan dengan perhimpunan khas hari guru dimana pembacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia telah dibacakan.

The hottest English teachers - me, kak hida, anna and loh

Acara seterusnya adalah sukaneka. Macam2 permainan diadakan.. Memang meriah .. Pertandingan bola sepak diantara pelajardan guru, pertandingan bola tampar diantara pelajar dan guru, pertandingan congkak dan jugak pertandingan boling kelapa.. Murid2 terpaksa terima hakikat lah kan, kemenangan semuanya berpihak kepada guru..eheheh... Kata hari guru, so kene lah bg guru2 menang kan.... :P

Bowling Kelapa ... :P

Yeah...kami menang !!!

Main bola tampar lah pulak...

Acara terakhir adalah persembahan pelajar dan penyampaian hadiah. Bermacam2 bakat terpendam telah dikeluarkan.. Dan hakikatnya, mmg ada persembahan yang berjaya menyentuh hari para guru.. Bergenang air mata sekejap..insaflah pulak.. Rasa mcm murninya jadi seorang GURU..








Buat para sahabat yang sama-sama bergelar guru, kita sama-samalah hayati sajak hasil karya Allahyarham Datuk Usman Awang.

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


SELAMAT HARI GURU


Friday, May 15, 2009

Tag from Farha

* Go to urbandictionary.com and type in your answers to the following questions.

* Post the first definition it gives you. Tag 10 people.


1. Your name?

Zurena

isn't defined yet.


2. Your age?

29

The age at which most women stop aging (or so they say!). 


3. One of your friend?

Azrina

Smokin hot redheads, or smokin hot with redhead attitude. Will make you instantly fall in love and never know what hit you.


4. What should you be doing?

Blogging

Term used to describe anyone with enough time or narcissism to document every tedious bit of minutia filling their uneventful lives. Possibly the most annoying thing about bloggers is the sense of self-importance they get after even the most modest of publicity. Sometimes it takes as little as a referral on a more popular blogger's website to set the lesser blogger's ego into orbit


5. Favourite colour?

White

The color white


6. Birthplace?

Muar

Isn't defined yet


7. Month of your birth?

June

The month in which the most awesome girls ever are born. June babies are sweet, caring, sexy, lovable and all around cuddly.

8. Last person you talked to?

Hubby

meaning "husband" as the term "wifey" means wife


9. One of your nicknames?

Ena

A unique flower that can only be found in the middle of the Empty Quarter, One only exist and still today it stands with beauty


10. I tag:

1. Nina

2. Kak Shima

3. Elya

4. Azie

5. Ety

6. Sesapa lah yang rerasa rajin.