Peluang yang datang menyapa, usahlah ditolak. Ayah dapat jemputan untuk menghadiri Senior Officer Forum MISC yang akan diadakan di New Delhi, India 25/11/2014 hingga 1/2/2014. Ayah tanya samaada Mummy nak ikut ke tak. Kebetulan memang jatuh pada cuti sekolah akhir tahun. Pucuk dicita, ulam mendatang la kan. Bila lagi nak jalan ke negara orang. Hotel dan makan dah tak perlu bayar sebab ditanggung. Cuma perlu bayar flight ticket je.. Dalam pada masa yang sama, kami dapat menghabiskan masa berdua-duaan di sana nanti. ehehhee.. Honeymoonnnnnn.....
 |
| Bye bye Malaysia |
Pada awalnya, Ayah agak risau yang Mummy akan kebosanan duduk di bilik hotel kerana jadual ayah agak pack. Tapi rupanya tidak... Bila dah jumpa geng geng yang sekepala, memang kami tak lekat duduk di bilik hotel. Setiap hari ada je aktiviti kami. Kesana kemari, naik turun train, shoping sana sini, visit tempat-tempat bersejarah di India... Ayah bz berforum, mummy pun bz berjalan. Fair and square.
 |
| Rutin setiap pagi - amik gambar berdua sebelum Ayah gi dengar forum |
 |
| Berpeluang melawat Taj Mahal, lambang cinta Shah Jahan terhadap Mumtaz Mahal |
 |
| Macam terror je naik train kesana kemari |
 |
| Shopping sari |
 |
| Tempat wajib bagi si pelaut - Hard Rock |
 |
| Gala night theme dinner - Retro/60's |
Pada hari terakhir je, kami dapat berjalan bersama-sama melawat Kutub Mina, tempat sejarah islam terawal di India. Dapat la kami berphotoshoot ala-ala newly wed couple. Hahahhahaa..