Sunday, September 21, 2014

Pulau Redang Terengganu.

Niat di hati hendak ke Krabi, Thailand lagi.. Tapi kesiankan kak Aziah yang nak sangat join holiday kami kali ni... Memandangkan keadaan kak Aziah yang tgh sarat mengandung, maka kami semua setuju untuk ke Pulau Redang pada tahun ni. Kami memilih Laguna Redang untuk percutian beramai-ramai tahun ni... Alhamdulillah, pilihan kami tidak salah dan ianya sangat berbaloi-baloi dengan apa yang kami bayar. Yang penting semua anak-anak sangat gembira berendam dalam laut dan kolam renang tanpa mengira masa.. Mak-mak dan bapak-bapak pun tersangat seronok bercinta sakan menikmati setiap saat dan waktu bersama.. Almaklumlah, nature kehidupan kami tak seperti kebanyakkan orang. Saat mereka bercuti ini lah kami perlu menghabiskan masa bersama-sama sebaik mungkin. 







































Daripada Redang, kami check in di Riyaz Marina Pulau Duyung Terengganu pulak.. Menghabiskan sisa cuti cuti kami di pantai timur.. Terima kasih buat semua sahabat yang terlibat dalam percutian ini. Minta maaf andai ada kekasaran sepanjang kita bersama dan mohon halalkan segala yang telah dibelanjakan... Moga ada rezeki untuk kita bercuti bersama-sama lagi di masa hadapan...

Kemanakah destinasi seterusnya ????






Saturday, September 13, 2014

Hello Kitty Town 2014

Destinasi pertama cuti sekolah kali ini adalah ke Hello Kitty Town, Puteri Harbour, Nusajaya.. Mulanya nak ke Legoland, tapi memandangkan cuaca yang agak panas, kami tukar plan ke Hello Kitty Town kerana ianya indoor dan beraircond... ehehehe..Yang penting, anak-anak semua happy....







Monday, September 1, 2014

Finally

Akhirnya penantian kami berakhir.. Ayah dapat jugak sign off setelah pelbagai dugaan yg datang silih berganti... Setelah tertunda berkali-kali... Doa kami akhirnya dimakbulkan.. Terubat kembali kerinduan yang bertamu..

Masa untuk bercintaaa.......

Detik penyatuan.

Tuesday, August 5, 2014

Happy 8th birthday BETHRISYA

Having a daughter means...
Seeing a thousand rainbows everyday..
A thousand occasions of sweet hurray..
A thousand sweet dreams every night..
And a thousand reasons to laugh and smile !!!

Happy Birthday, Angel !!!!

Happy Birthday to U Kak Cha.

Wednesday, July 30, 2014

Raya Pertama Tanpa Abah...

Sayunya hati tatkala takbir raya berkumandang.. Tahun ini tahun pertama kami beraya tanpa ABAH.. Memang jelas ketara perbezaannya.. Jika dulu, dialah orang yang paling sibuk menyiapkan segalanya untuk memastikan raya kami sangat sempurna... Tapi kini dia tiada lagi... Walaubagaimanapun, kami tetap berusaha untuk menjadikan raya kami tetap meriah sama seperti orang lain demi Mak. Mak nampak gembira, namun apa yang ada dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu. Berpuluh tahun hidup bersama, tiba-tiba dahan tempat bergantung itu tiada lagi... Tentu sukar baginya, tapi Mak tetap Mak.. Dia tetap menunjukkan yang dia kuat dan tabah... Cucu-cucu semua ni lah yang diharap dapat mengisi kekosongan hati TokMak...

Keluarga kami. 



Kesedihan kami agak berganda kerana Ayah turut tidak dapat beraya bersama kami. Kami di daratan, Ayah di lautan. Mengikut perancangan awal, Ayah memang dapat pulang beraya bersama kami. Tapi kami hanya merancang, dan Tuhan itu lah sebaik-baik perancang... 

Buah hati pengarang jantung.