Saturday, September 13, 2014

Hello Kitty Town 2014

Destinasi pertama cuti sekolah kali ini adalah ke Hello Kitty Town, Puteri Harbour, Nusajaya.. Mulanya nak ke Legoland, tapi memandangkan cuaca yang agak panas, kami tukar plan ke Hello Kitty Town kerana ianya indoor dan beraircond... ehehehe..Yang penting, anak-anak semua happy....







Monday, September 1, 2014

Finally

Akhirnya penantian kami berakhir.. Ayah dapat jugak sign off setelah pelbagai dugaan yg datang silih berganti... Setelah tertunda berkali-kali... Doa kami akhirnya dimakbulkan.. Terubat kembali kerinduan yang bertamu..

Masa untuk bercintaaa.......

Detik penyatuan.

Tuesday, August 5, 2014

Happy 8th birthday BETHRISYA

Having a daughter means...
Seeing a thousand rainbows everyday..
A thousand occasions of sweet hurray..
A thousand sweet dreams every night..
And a thousand reasons to laugh and smile !!!

Happy Birthday, Angel !!!!

Happy Birthday to U Kak Cha.

Wednesday, July 30, 2014

Raya Pertama Tanpa Abah...

Sayunya hati tatkala takbir raya berkumandang.. Tahun ini tahun pertama kami beraya tanpa ABAH.. Memang jelas ketara perbezaannya.. Jika dulu, dialah orang yang paling sibuk menyiapkan segalanya untuk memastikan raya kami sangat sempurna... Tapi kini dia tiada lagi... Walaubagaimanapun, kami tetap berusaha untuk menjadikan raya kami tetap meriah sama seperti orang lain demi Mak. Mak nampak gembira, namun apa yang ada dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu. Berpuluh tahun hidup bersama, tiba-tiba dahan tempat bergantung itu tiada lagi... Tentu sukar baginya, tapi Mak tetap Mak.. Dia tetap menunjukkan yang dia kuat dan tabah... Cucu-cucu semua ni lah yang diharap dapat mengisi kekosongan hati TokMak...

Keluarga kami. 



Kesedihan kami agak berganda kerana Ayah turut tidak dapat beraya bersama kami. Kami di daratan, Ayah di lautan. Mengikut perancangan awal, Ayah memang dapat pulang beraya bersama kami. Tapi kami hanya merancang, dan Tuhan itu lah sebaik-baik perancang... 

Buah hati pengarang jantung.


Monday, June 2, 2014

Happy 34 Birthday To Me.

Syukur alhamdulillah kerana berpeluang menyambutnya bersama insan yang tersayang. Abang sekali lagi berjaya menjadikan hari istimewa ini sesuatu yang amat indah. Dia bersama bebudak kapal dia merancang menyambut hari jadi Mummy di Banafee JB... Thank you Sayang, for this wonderful birthday experience. You never failed to make my heart melt. I love u more than everything Sayang.