Saturday, January 28, 2012

Babymoon @ 34 weeks

Memandangkan masa cuti sekolah akhir tahun lepas, budak berdua ni tak dibawa kemana-mana untuk bercuti, so, cuti raya cina yang panjang ni kami amik lah kesempatan untuk berfamily holiday ke Penang. Tentunya ke Hard Rock Hotel Penang.. Ini kali kedua kami ke sana.. Dan mungkin ianya bukan untuk kali terakhir, rasanya cam akan jadi destinasi wajib je setiap tahun.. eheheh...


Sailor Girl


Captain Rayyan

Hard Rock Hotel Penang

Our Room, 'King Club Seaview Deluxe"


View from our room balcony.

Us



Ayah with Bethrisya n Rayyan


Mummy with Bethrisya n Rayyan

@ King Club Lounge


Trademark Hard Rock


^____________^

Anak-anak memang seronok sangat stay kat situ coz pool dia yg sangat best.. Memang puas diaorg ni mandi pagi petang pagi petang... Bukan main susah lagi nak ajak keluar dari pool.. Bangun-bangun tido je, terus kepala otak tu ingat nak swimming jer... ehehehhee.. Dah nama pun budak kan....

Muka gembira

Terapung


Juara Renang


Si pelaut dan anak-anak


Kesejukan


Rayyan menunjukkan aksi berani

Kakak pulak turun dari slide


Mummy pun berkesempatan untuk makan segala jenis makanan yg popular di sana. Memang puas hati sangat. Dapat makan pasembor jln gurney, nasi kandar kg melayu , ikan bakar din yg famous, mee sotong padang kota, nasi daging air asam, cendol penang road dan buat kali pertamanya dapat rasa minum air ambra asam a.k.a air jus kedondong bersama asam boi... sedappppppppppppppp.......


Pasembor Jalan Gurney

Mee Sotong Padang Kota

Nasi Daging Air Asam dan Butter Prawn

Din Ikan Bakar Kepala Batas

Nasi Kandar Kampung Melayu

Cendol Penang Road

Sempat gak jejalan kat Kota Fort Cornwalis dan ronda-ronda Penang Road.. Ala-ala pelancong gitu...

Lebuh Cambell

Komtar

Pintu masuk Fort Cornwallis

Meriam

Mummy dan Ayah

Deretan meriam

Taman Kota Lama

Fort Cornwallis


Apapun, family holiday kali ni memang sangat menyeronokkan coz bukan hanya kami berempat beranak je, ada dua lagi keluarga orang kapal yang sesama join.. 2nd Eng Aswad, Nadia dan Umar serta Ch Eng Upak, Kak Seri, Nawar dan Zarra... Tu yang terlebih meriah jadinya bila berkumpul reramai... Ada rezeki nnt kita berholiday bersama lagi ye... Sempat lah jugak kitaorg buat surprise birthday party untuk Upak kat Hard Rock Cafe.. Tapi sayang, time tu Kak Seri tak dapat nak turun coz anak-anak diaorg dah tido....


Isteri-isteri si Pelaut

Nelayan Laut Dalam bersama hasil titik peluh mereka.

Zahra, Bethrisya, Nawwar dan Rayyan

Surprise birthday untuk Ch Eng Upak

Tiga Keluarga @ Hard Rock Cafe


Dan sebelum berangkat balik, tentunya ole-ole Hard Rock tak kan dilupakan.. ehhehe...




Bye bye Hard Rock, nanti kita datang lagi.


Saturday, January 21, 2012

I-City

Lepas amik Kak Nina kat rumah sewa dia, sempat lah jugak gi menjejakkan kaki ke I-City coz si Rayyan sibuk nak naik ferries wheels. Tapi Bethrisya pulak tak nak naik.. Bethrisya mmg agak penakut skit berbanding Rayyan..Masa kat Gold Coast aritu pun, mmg dia tak nak naik pun Eyes of Surfers Paradise tu, Rayyan je yang beria-ria nak naik...

So last-last, Rayyan naik jugak dengan Kak Nina dan Tokmak.



Dah puas dapat naik Ferries Wheels, nak main pulak dengan segala macam permainan yang ada kat i-City tu.. eheheheh.. Layankan je la..








Dah puas bermain, jejalan lah kat dalam i-City tu sambil bergambar-gambaran..




Tuesday, January 10, 2012

Berempat sebelum Berlima

Alhamdulillah, orang yang kami tunggu, orang yang kami rindu, dah selamat kembali ke pangkuan pada 7 Januari yang lepas... Orang yang paling gembira tentunya buah hati dua orang tu... Memang tersangat seronok bila nampak Ayah di depan mata...


Si Gadis Ayu

Hero Malaya

Tak sabar nak gi KLIA

Tak sempat dan tak ingat lah pulak nak amik gambar time kat KLIA... eheheheh.. Terlambat sampai.. Ayah dah keluar dari depature hall dah time kitaorg sampai..


****************************************************


Bila Ayah dah balik, barulah terasa lengkap bila bergambar.. eheheheh... Menikmati saat-saat masih berempat, tak lama lagi dah berlima pula...


@ Serai Empire Gallery

@ Ikano Power Centre


@ Dataran Pahlawan Melaka


@ Dataran Pahlawan Melaka

Thursday, January 5, 2012

Their First Day.

Tahun ni merupakan tahun ke empat Bethrisya bersekolah di Qdees dan tahun ke dua buat Rayyan.. So far, alhamdulillah, perkembangan kedua budak bertuah ni mmg sangat memberangsangkan.. Mummy dan Ayah benar2 bangga dengan korang berdua.. Moga terus lah membesar menjadi anak-anak yang bijak pandai dan berjaya dalam hidup.

Muka-muka excited nak gi school


Si kakak yang memang kuat melaram


Abang yang tak boleh tinggalkan peace dia

Bethrisya di tempatkan dalam kelas En Wright tahun ni di bawah jagaan Teacher Queck..


Rayyan pulak ditempatkan di kelas En Edison dibawah Teacher Malini. Moga dia dapat menyesuaikan diri dengan segera. Disebabkan Rayyan ni agak manja, memula Mummy sangat risau kalau2 dia menangis dan tak nak gi school.. Apatahlagi memang sana sini dok dgr suara anak2 menangis tak mahu melepaskan ibubapa masing-masing.. huhuhuu...Tapi jangkaan Mummy meleset sama sekali.. Dia mmg sangat seronok berada di sekolah.. Alhamdulillah...



Bila Mummy jemput diaorg balik dari sekolah, dua-dua mulut becok bercerita tentang apa yang diaorg buat di sekolah arini.. Almaklumlah hari pertama kan...

Alphabets n Numbers test done by Bethrisya


Bookmark done by Bethrisya


Done by Rayyan