Monday, March 14, 2011

Muhammad Asyraf Zikry

Keluarga besar kami telah bertambah... My youngest brother, baru menerima cahayamata yang kedua. Muhammad Asyraf Zikry. Menjadikan cucu Tn Hj Zakaria dan Puan Hajjah Dayang sekarang ni adalah seramai 27 orang kesemuanya. Cuma belum ada rezeki menerima cicit je lagi.. Bila lah anak abang long ku itu nak berumahtangga ye... ehehehhe...

Majlis akikah dan potong jambul Asyraf telah selamat disempurnakan di rumah tok bah pada 13 Mac 2011.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Baby Asyraf Zikry

Mereka juga telah berempat... Nampaknya si kakak ni terpaksa usaha lebih lagi untuk menambahkan ahli keluarga.. kalau tidak, si adik akan mengalahkan.

Imam Hj Shukur sedang mengalunkan ayat suci al quran ke telinga baby Ayraf.

Berzanji

Menjamu selera.. Nasi beriani yang lazat...

Saturday, February 26, 2011

Minyak ooo minyak

Moral of the story : Sila pastikan minyak kereta anda sentiasa penuh ye....

Huhuhuhu.. Satu pengalaman yang tersangat mendebarkan. Tak pernah kot seumur hidup sejak dapat lesen kereta merasai perasaan ni.. Serik woooo...

Semalam edisi membeli belah pun bermula. Destinasi pertama adalah ke uitm shah alam. Bukan untuk bershopping tp menjemput cik Nina. Masa keluar dr umah kota damansara, mmg dah perasan, minyak dah setengah.. Last isi masa kat Muar sblm bertolak ke KL. Tp rasa cam malas nak isi.. Kekonon nak isi nanti..

Dari Shah Alam, bergerak ke KLCC pulak.. Bila dah dekat tu, Nina kata, eh Antina, minyak dah nyala lah.. Tapi disebabkan dah nak masuk parking, malas nak cari stesyen minyak.. Lagipun, reserve fuel kereta tu mmg banyak jugak.. So, tak perlu risau lagi.

Dah puas berjalan di KLCC, mak kata nak ke SOGO pulak.. Masih lagi tak jumpa stesyen minyak sepanjang perjalanan ke SOGO. Mak dah start bising. Bila nak isi minyak ni.. Tak pe mak, tak pe, balik nnt kita isi ye..

Setelah puas menyoppingkan diri di SOGO, tibalah masa nak balik... Tup tup tup, keluar SOGO tu, jalan jem yang amat teruk... Berdegup dah jantung ni.. Sempat ke tak ni.. Cukup tak minyak ni.. Memang takut sesgt. Semua org dlm kereta dah senyap coz memikirkan benda yang sama.. Dalam kepala ni mmg teringatkan stesyen minyak selepas Tol Jln Duta tu je.. Tempat lain mmg tak tau.. Tapi nak sampai kan ke situ, mmg azab. Kereta bergerak macam siput babi.. Siput babi pun lg laju kot.

Mak suruh tutup aircond.. Tutup radio.. Memang cuak yang amat.. Maluuuuuu kalau tetiba kereta berhenti coz minyak abis.. Bawak CLS, tapi minyak tak de... Ehehhehe... Mesti kene gelak.. Dah le semua perempuan dlm kereta tu kecuali Rayyan. Siapalah yang nak tolong tolak kereta tu nanti.

Mulut mak mmg dah tak henti2 berzikir.. Ehehhe.. Berdoa biar sempat sampai stesyen minyak...

Alhamdulillah, lepas je dari perhentian duta, kereta mula bergerak laju... Mummy pun berdesup laju. Nampak je SHELL lepas tol tu, terus lega yang amat. Mmg syukur alhamdulillah sebab sempat isi minyak sebelum kereta terberhenti tgh jalan.. Isi minyak penuh sampai kene RM190..... Hahahhaha... Mmg minyak dah nyawa nyawa ikan ler tu.. Mmg dah nak kosong...

Lepas tu, baru la bole meneruskan perjalan dengan aman...

Aduhai, serik serik......


- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, February 20, 2011

Terima Kasih Cinta The Musical

Such an amazing show. Two thumbs up for all the actors, actress, musician dan semua yang terlibat... Sepertimana hebatnya filem CINTA, begitulah juga hebatnya Terima Kasih Cinta The Musical.. Lakonan yang hebat, alunan suara yang merdu, tarian yang mantap memang melengkapkan pakej teater ini..

Jika ketika menonton filem CINTA dulu, airmata mengalir laju, menonton teater Terima Kasih Cinta The Musical juga bisa meruntun sanubari dan mengalirkan juga airmata tanpa dipinta.. Tema kasih sayang yang ditonjolkan benar-benar mengusik kalbu...

Pada yang masih berkira-kira nak pergi tengok atau tidak, tak perlu ragu-ragu lagi... Pergi cepat beli tiket sebelum persembahan tamat pada 6 Mac nanti... Memang tak rugi dan sangat puas hati....



Ticket, Program Book n Chocolate.


Terima Kasih Cinta.


Me, Anna n Kak Hida.


Untuk mengelakkan mata berkelip terkene flash, terpaksa ler pandang ke lain... ehehhe..


Loh n Kak Hida


Tengah line up untuk signing session. Sanggup tu beratur...


Penuh dah dgn signature semua pelakon kecuali Safura dan Deja Moss.



....cinta itu indah....
'TERIMA KASIH CINTA'


Thursday, February 17, 2011

Toddler in RED.

Buat Ayah yang jauh di mata,

Sebanyak mana Ayah rindukan kami,
Banyak lagi kami rindukan Ayah....
Jauh hanyalah jarak, tapi dihati kami, Ayah sentiasa dekat..
Kami akan terus membilang hari, menanti kepulangan Ayah...


Anak dara yang makin pandai berposing.


Manisnya senyumanmu.


Si Handsome Boy


Cair tak bila tengok senyum simpul budak bertuah ni..


Gembiranya...


Permata hati anugerah Tuhan.


*


*


*


*


*

Ayah, Ayah rindu Si Dia ni tak ?


^__________^


Wednesday, February 16, 2011

Pelajar Cilik.

Setiap Selasa malam Rabu, akan ada program English Night Class kat sekolah ni... Malam tadi, budak bertuah dua orang ni melalak-lalak nak ikut Mummy gi school... Nak tak nak, terpaksa jugak lah Mummy bawak diaorg setelah keduanya promise to behave kat school mummy... Tapi biasalah, janji tinggal janji... Dah namanya pun budak kan... Takkan lah nak jadi patung dok diam je kan.. Berlari2 jugak lah diaorg kat bilik guru.. Nasib baik Mummy just handle pelajar form 4 yg baru mendaftar last week untuk placement test diaorg.. so, lepas edarkan kertas exam, Mummy stay je kat bilik guru sementara tunggu masa menjawap tamat...

Apapun, doa Mummy semoga keduanya akan membesar menjadi anak yang cerdik pandai dan akan menjadi warga Sekolah Berasrama Penuh satu hari nanti. Insyaallah.. Tapi Ayah lagi prefer kalau anak-anak ikut jejak dia masuk MRSM... Mana-mana pun bole lah, janji jadi pelajar yang cemerlang.


Spelling practise


Ia-ia je si Rayyan ni.


Main Ipad lah pulak..


Panjangnyer muncung


Muncung lagi


Budak bucuk pakai baju tido gi school Mummy


Suka lah tu dapat ikut.


Apasal terkangkang ni Rayyan...


Wajah yang dirindui.... ehehehhe