Monday, October 11, 2010

Down With Fever

Bagi sesiapa yang ada anak kecil yang umurnya lebih kurang sebaya tentu dah biasa dengan situasi jangkit menjangkit ni.. Bila sorang demam, tak lama lepas tu tentu sorang lagi akan demam gak..

Minggu lepas, Bethrisya tak berapa sihat. Demam-batuk-selsema.. Beberapa hari jugak Mummy tak tido malam coz dia merengek dan menangis memerlukan perhatian.. Sekolah pun berapa hari dia tak gi.. Syian tengok dia yang tak larat dan melepek je... Bila pergi jumpa doctor, mmg doctor dah pesan supaya jauhkan sikit antara kakak dan adik.. Tapi kalau dah nama adik-beradik, macam mana nak pisahkan... Dah tu pulak, budak dua orang ni mmg rapat antara satu sama lain.. Tidur mesti sebelah-sebelah.. Minum air pun berkongsi... Memang dah agak, adik mesti akan menjangkit punya lah...


Kepenatan.

Ubat

Dan seperti yang dijangka, bermula semalam, Rayyan dah start tak tidur malam. Merengek dan menangis minta dipeluk dan didodoi... Batuknya amat teruk.. Selsema yang merimaskan dan membuatkan dia sukar bernafas. Pagi tadi pun tah berapa kali dia muntah. Bila mummy bawak dia ke klinik, doctor suggest utk dia sedut gas mencairkan kahak coz batuk dan kahak dia agak teruk... Melalak2 budak ensem tu.... Tak sampai ati tgk dia meronta2, menangis minta belas kasihan supaya dihentikan nebulizer tu...


Tidur meniarap untuk membantu bernafas dengan mudah.

Deretan ubat yang perlu dimakan oleh Rayyan.

Cepat sembuh ye sayang..... Nanti leh main buai, main basikal, main kejar-kejar dengan kakak... Tak sampai hati Mummy tengok adik sakit... Kalau boleh tukar, adik amik lah hidung mummy supaya adik boleh bernafas dgn mudah, adik amik lah tekak mummy supaya adik tak perlu batuk sampai termuntah-muntah.... Tapi apakan daya................. Mummy hanya boleh doakan supaya adik cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.. Amin...


Rindukan kamu yang sebegini :-


Berlari dan berkejaran tanpa kenal erti penat.

Buai laju-laju..

Buah hati pengarang jantung Mummy dan Ayah.

Sunday, October 10, 2010

10-10-10

My TEN wishes....

1. Family holiday. Nak bawak anak-anak naik aeroplane. Terutamanya Rayyan. Dia tak pernah lagi merasa naik aeroplane. Bethrisya dah banyak kali naik aeroplane, tapi disebabkan time dia naik tu dia masih kecik, dia boleh cakap "Bila mummy ngan ayah nak bawak Kak Cha naik aeroplane, syian Kak Cha tau. Kak Cha tak pernah naik aeroplane". Ish..ish..ish.. sabar je lah budak ni.

2. Designer handbag . My favourite handbags banyak yang dah kene angkut dengan perompak durjana aritu, so i think, it's time to get new one right... ehehehhehe

3. Menambah berat badan dan membesarkan apa-apa yang patut... ehehhehe.. Baru lah sedap nak dipeluk kan...

4. Memunaikan hasrat si suami untuk menambah bilangan ahli keluarga.. Moga-moga impian tercapai dengan berkat doa dan usaha. Insyaallah...

5. Mengasah skill masakan agar lebih hebat.. Chewahhhh... Harap-harap dapat lebih kerap masakkan untuk suami tercinta. Almaklumlah dia ada kat darat tak lama.. Time ada kat darat, time tu leh sibuk berjalan kesana-kesini.. Mana ler sempat nak masak setiap hari untuk dia.. aduh duh duh....

6. Menambah koleksi kasut. Nina, kita macam dah lama je tak shopping kasut kan .... Jommm, leh cari kasut kahwen Nina sekali... ehehhehe...

7. Menambah simpanan di dalam bank. More $$$$$$$ ........

8. Anak-anak terus membesar dengan sihat, sempurna, bijak pandai, dengar kata dan sentiasa menyenangkan hati kami berdua.

9. Rumahtangga kami terus disinari kebahagiaan dan sentiasa dilindungi dari segala bala bencana serta hasad dengki orang lain.

10. Dan tak lupa jugak, semoga anak murid kesayangan di SAMURA dapat menjawap peperiksaan SPM 2010 dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang kelak.


Wednesday, October 6, 2010

Chocolate

Hobi baru Mummy dan Bethrisya adalah buat chocolate.. Rasa macam tetiap hari nak buat.. Almaklumlah tengah kemaruk lagi coz baru pandai buat sendiri.. Selama ni dok order dr orang lain je.. Boleh buat bisnes lah lepas ni kan... ehehhehe...

Bethrisya pun sama excited, pantang nampak Mummy keluarkan chocolate untuk dicairkan.. Nanti dia yang sibuk nak pipingkan chocolate tu ke acuan, then dia yang nak simpankan dlm freezer, dan dia jugak yang tak sesabor nak tunggu chocolate tu keras.

Petang tadi kami buat untuk bagi kengkawan dia kat sekolah esok... Tu yang lagi dia bersemangat.. Mummy siap pesan suruh dia cakap kat teacher yang chocolate tu dia yang buat sendiri... Lagi lah dia tak sabar nak g sekolah... ehhehehe...


Leka menyusun chocolate.

Bersemangat sungguh budak ni.

Untuk dibawa ke sekolah dan diberikan pada teacher dan kengkawan dia.


Dan ada jugak yang special buat AYAH.

Sayang AYAH ....

Sayang pulak nak makan ek...


* gambar masa cairkan dan piping chocolate dalam acuan lupa pulak nak snap *

Friday, October 1, 2010

We are SIX !!!!!

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.. Tahun ini bertambah setahun lagi usia perkahwinan kami..Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Biarlah hanya cangkul dan tanah sahaja yang akan memisahkan kita... Tak kira apa jua halangan dan dugaan yang melanda, kita tempuhi bersama dan semoga ia menguatkan lagi rasa cinta dan kasih sayang antara kita.....


SAYANG,
Happy 6th Anniversary..
Thank you for the wonderful years together.
Every year with you is sweeter than the last....
I will always love u,
Now and forever....



Saat diijabkabul kan,
01 Oktober 2004





Setelah 6 tahun,
01 Oktober 2010

Bahagia dikurniakan sepasang cahayamata.

Adakah tahun hadapan, bilangan ahli keluarga kami akan bertambah ????

Kita tunggu dan lihat....

^_______^

Thursday, September 23, 2010

Anniversary Present

01 October ni, genaplah 6 tahun perkahwinan kami.. Suami tersayang telah bermurah hati membelikan hadiah anniversary buat Mummy...

TQ so much Sayang. I love you more... ehehehhe....


So inilah hadiah....





Lepas ni kene berguru lah dengan otai-otai DSLR untuk ambil gambar yang cantik2.. ehehhehe...


Dan, bila ditanya hadiah apa pulak yang Abang nak untuk anniversary ni....


Jawapannya .....


*


*


*


*


*


*




Alamak, dia mintak baby baru lerrrrr....

Eheehhehee...

Insyaallah, kalau diizinkan Tuhan ye Sayang.. Mari kita berusaha....