Monday, August 2, 2010

Empat tahun laaaa....

Cepatnya masa berlalu, macam tak percaya Bethrisya dah menyambut hari lahir ke 4...

Selamat Hari Lahir Sayang,

Doa Mummy dan Ayah, semoga kakak terus membesar menjadi anak yang solehah, cerdik pandai dan sentiasa menyenangkan hati Mummy dan Ayah... Kami semua sayanggggggg kakak banyak-banyak.....

1st Birthday Party



2nd Birthday Party



3rd Birthday Party



Saturday, July 31, 2010

Dia dah BALIKKKK...

Akhirnya wajah yang kami sayangi dan kami rindui, kini berada dihadapan mata... Alangkah indahnya perasaan itu...

Dan tentunya yang paling seronok adalah anak-anak.. Tergambar kegembiraan diwajah masing-masing.. Memang tak sabar-sabar nak sampai KLIA... Si kakak sibuk bertanya, "are we there, mummy??? " Dah sampai ke Mummy? ". Penat Mummy nak menjawap.. Bila dijawap, "Not yet, Kakak".... Nanti dijawapnya, "Lambatttttnye"...... Si adik pun sibuk menyebut, AYAH, AYAH, AYAH..... Memang mereka suka sangat bila nak jemput Ayah kat KLIA... Bila nampak je batang hidung Ayah, terus menjerit dan berlari-lari peluk Ayah... ehehhehe... Tak sempat Mummy nak peluk dulu...

Hakikatnya, hari-hari kami kini tentunya LEBIH INDAH DARI BIASA ................

Thursday, July 29, 2010

Dia dah nak balik....

Setelah menanti hampir 6 bulan (terlebih dua bulan dari yang sepatutnya), akhirnya Si DIA akan kembali ke pangkuan kami 24 jam dari sekarang....

Senyuman semakin lebar lah hari ni ye... Mengajar pun dengan senang hati... Gembiranya dalam hati... Berbunga-bunga gitu... Kerinduan yang dipendam akan bertemu dengan penawarnya....

Semoga semua urusan dipermudahkan oleh-NYA. Insyaallah....

^________________^

Sunday, July 18, 2010

Keluarga KAPAL.

Kalau dah nama keluarga orang kapal tu, mmg tetap lah kekal nama tu...

1. Kakak Capt Mazly yang kedua, Mazdona, berkahwin dgn Capt Yusof, kapten kapal CHEMICAL MISC.

2. Kakak Capt Mazly yang ketiga, Mazlina berkahwin dgn Capt Safiee, kapten kapal LNG MISC.

3. Anak sulong Mazlina & Capt Safiee juga orang kapal.

4. Anak kedua Mazlina & Capt Safiee berkahwin dgn orang kapal.

5. Anak saudara Capt Mazly, Nina Mazda, bertunang dengan Shahril, engineer kapal LNG MISC..

dan....

Alhamdulillah, pagi tadi, adik kepada Nina, Amirul Zaid Bin Mazda telah selamat mendaftarkan diri menjadi pelajar Akademi Laut Malaysia, Melaka.... Bermula lah rutin Mirul menjadi pelajar ALAM.

Yang paling kesian adalah Rayyan.. Dia kehilangan kawan baik dia...Tempat dia bermanja dikala Ayah jauh...Semenjak lepas SPM, Mirul duduk di rumah tok mak di Muar... So sejak itu, Rayyan dan Mirul tak dapat dipisahkan.. Mereka seperti bayang-bayang. Dimana ada Mirul, di situ ada Rayyan... Nama Mirul mmg tak kan lepas dari mulut Rayyan.... Sikit sikit Mirul...sikit-sikit Mirul...

Masa lambai Mirul kat ALAM tadi dia dah mula monyok... Bila dah sampai rumah pun masih lagi sebut-sebut nama Mirul. Asyik masuk bilik depan, cari Mirul.. Last-last Mummy cari baju mirul kat bakul baju kotor... Mummy pun bagi kat Rayyan... Terus dia kata , "MIRULLLLL".... Then dia peluk baju tu, dia cium baju tu... Last2 dia pakai baju tu.. Dah ler jadi cam jubah... Rayyan.. rayyan...Sayang betul dia kat Abang Mirul dia..

Nasib baik ler Ayah dah nak balik... Lepas ni bole manja dgn Ayah pulak ye dik...


Senyum kambing.


Rayyan tido atas Abang Mirul dia..


Mirul tgh register kat ALAM.




Kat luar dewan...


Buat Mirul,,

Belajar rajin-rajin tau. Jangan sia-siakan peluang yang diberikan. Auntie Ena dan Ucu sentiasa berada dibelakang Mirul menyokong apa juga yang Mirul lakukan.. Sentiasa lakukan yang terbaik supaya kami semua bangga dengan Mirul..

dan akhir kata, ADIK RAYYAN RINDUKAN ABANG MIRUL !!!!!!



Sunday, July 11, 2010

Masanya kian hampir..

11 Julai 2010 BINTULU

*

*

17 Julai 2010 Shimizu

*

*

29 Julai 2010 Bintulu ---> KLIA ---> Home Sweet Home..


^______^


Mummy bisa tersenyum manis,
Bethrisya bisa tertawa riang,
Rayyan bisa bergelak gembira...

Kami nantikan kepulangan BUAH HATI PENGARANG JANTUNG kami dengan iringan doa agar pelayarannya sentiasa dilindungi dan permudahkan oleh-NYA. Moga dia selamat kembali ke pangkuan kami nanti...