Thursday, July 9, 2009

A'isy Iskandar Bin Muhd Zainee

My younger bro- Ebby with his wife-Su
and their newborn baby- A'isy

Saje je nak share pasal anak buah ku yg syomell sorang ni.. Geng Rayyan ni... Sekarang ni A'isy masih kat rumah my mum, tapi tak lama lagi dah nak balik KL dah, mama dia dah start keje.. Sure Bethrisya ngan Rayyan rindu A'isy nanti... Sepanjang dua bulan ni tetiap hari nak ajak gi umah tok bah coz nak main dgn A'isy..

Ni gambar2 masa majlis potong jambul A'isy di rumah Abah aritu..

Tok Abah dengan cucu ke 26

Jemputan lelaki

Jemputan perempuan

A'isy dah botak.....

Adibah, Rayyan, Iqraq n Bethrisya.. Sedondon


Tuesday, July 7, 2009

Pre-Preparation for Bethrisya 3rd Birthday

Tak sampai lagi sebulan princess mummy dan ayah ni akan celebrate birthday dia yg ke 3.. Hmmm... Cepatnya masa berlalu yerk, diam tak diam dah besar dah si Bethrisya ni..

Tahun ini sekali lagi, ayah tak dapat bersama2 menyambut hari jadi Bethrisya. Tapi tak pe, walau apa pun, mummy akan cuba jadikan 3rd birthday Bethrisya ni sesuatu yg paling istimewa buat dirinya.

Preparation setakat hari ini :
1. Princess snow white fondant cake : DONE ( order with Kak June, Cupcakekasih)
2. Cupcakes with Bethrisya edible photo : DONE ( order with Mama Lea Oven)
3. Goodies bag : DONE ( order with partythemepack.com )
4. Junkfoods/snacks/ untuk goodies bag : Dah dekat nnt baru beli.
4. Tempat party : DONE ( McDonald's Sek 3 Shah Alam)
5. Guest : In progress.


p/s: Buat kengkawan semua, jgn lupa block kan 2 august 2009 ni dlm calender masing2 ye... Kita jumpa dan bergembira bersama2 ye.. Dan jangan lupa prepare baju KUNING !!!!! ... Anak raja nak sambut birthday ni... eheheheh.. Tempat, masa dan segalanya mengenai party ni akan di update dari semasa ke semasa.



Monday, July 6, 2009

Congratulations to Nuar n Lia

Nuar n Lia

Sekalung tahniah buat Nuar dan pasangannya Lia yang telah selamat mengikat tali pertunangan pada 4 Julai 2009 yang lepas... Majlis berlangsung dalam suasana yang amat meriah..

Lia look so beautiful that day as well as Nuar yang sentiasa mengkontrol macho... Selamat menempuh alam pertunangan ye.. ehehhe..

Di majlis itu jugak, mummy berjaya bertemu dgn si dia ni yang juga merupakan cousin Nuar.. Dia datang bersama Jazz barunye... :) .. Semangat dan ketabahan dia mengharungi hidup tanpa suami memang amat dikagumi. Jika kita, setelah 4, 5, 6 ataupun 7 bulan menunggu, chenta hati kita pasti akan pulang ke dalam dakapan kita.. Tapi tidak bagi dia, walau selama manapun dia menunggu, suaminya tidak mungkin akan kembali... Terus tabah ye Anne demi Aqeel tersayang... Kami semua ada untuk terus memberi semangat buat Anne...

With Ann / Rayyan n Aqeel

To Nuar : Jangan gado2 ye ... Alam pertunangan ni banyak dugaannya... Laju skit kayuh kapal tu nanti supaya cepatlah dapat mengayuh bahtera sendiri... :p

To Lia: Welcome to the seafearers club....


Seisi Menyarung Cincin


The Hantaran... ooohhhh, I love the fresh flowers!!!


Kami bersama pasangan yang baru bertunang.


Kami yang sentiasa memeriahkan suasana...


Smileeeee......


Sunday, July 5, 2009

UiTM ooo UiTM

Last Friday we sent Nina ke UiTM Shah Alam untuk register sebagai mahasiswi tahun pertama bg kursus TOEFL... Walaupun hakikatnya dia masih berharap untuk bertukar ke kursus TESL, tapi tak mengapa, yang penting register dulu, proses pertukaran kursus akan diusahakan kemudian... Dan yang pasti, Uitm Shah Alam adalah lebih baik dari UNIMAS... eheheh... Kalau ke UNIMAS, terpaksa lah dia naik belon tu sengsorang.. Tak leh nak buat rombongan Cik Kiah dah... ehhehhe..

Secara kasarnya, proses pendaftaran agak kelam kabut dan tidak diurus dengan baik.. Pukul 10 pagi mendaftar di Uitm Puncak Perdana, kemudian Nina bersama kawan2 sekursus dengannya diberi bilik sementara.... (tp Nina tak masuk pun bilik sementara tu, dia ikut gi shoping). Pukul 6 petang mereka diarah berkumpul dan menaiki bas utk ke UiTM Shah Alam(kampus induk) ... Ingatkan bole terus daftar dan dapatkan bilik.. Rupanya mereka perlu tunggu sampai kul 8 malam.. Terpaksa lah menunggu... Pukul 8 mlm, kaunter pejabat kolej Mawar dibuka, kene isi borang yang bukan sedikit, then baru dapat kunci bilik..

Sampai kat bilik, tgk2 dah penuh, semua katil dah berpenghuni... Pelik gak.. Rupanya sorang dari penghuni bilik tu dah dpt tawaran ke maktab dan dia dah pulang kunci dan sepatutnya dia kene lah cepat2 kemas barang2 dia tu kan... So Nina tak dapat lah nak letak barang2 dia yg banyak macam orang nak pindah tu... ehehhe... Akhirnya Nina ikut balik semula rumah ayah dia kat Shah Alam...

Esoknya baru dia bole masuh bilik tu... nasib nasib.....


Semua fresh dan semangat di pagi hari.

Dah jadi penunggu tembok di malam hari... Kak Chica pun dah pakai baju tido

Nak pindah ke Nina oii.... Penuh satu boot Stream ...

Apapun, selamat menempuh alam baru..Selamat menjadi mahasiswi ... Best of luck !!!


Thursday, July 2, 2009

Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sekiranya aku yang bersalah, Kau tunjukkanlah kepadaku cara untuk ku perbaiki diri ini.
Kau permudahkan lah segalanya bagi ku.

Tapi,

Sekiranya semua ini fitnah buatku, kau tunjukkan lah perkara yang sebenarnya dan pulangkan lah kepada mereka.
Semoga mereka mendapat kebenaran dan petunjuk dari-MU.


AMIN.

p/s: Tiada manusia yang sempurna di bumi Allah ini.